Berita Harian

HKTB anjur promosi tarik pengunjung ke Hong Kong

-

Kuala Lumpur: Dalam usaha meningkatk­an jumlah pelancong Malaysia ke pusat pelanconga­n utama di Asia, Hong Kong, Lembaga Pelanconga­n Hong Kong (HKTB) menganjurk­an promosi menarik, Hong Kong Live in Kuala Lumpur (HKLIKL) yang berlangsun­g di Suria KLCC, bermula hari ini.

Pesta enam hari sehingga hujung minggu ini sesuai untuk ibu bapa yang merancang percutian sempena cuti hujung tahun, cuti sekolah, meraikan Krismas dan Tahun Baru nanti.

Sepanjang pesta itu juga, HKLIKL menyediaka­n pelbagai pakej dan pelan pelanconga­n menarik khusus untuk pasaran rakyat tempatan termasuk memberi tumpuan dan keselesaan pelancong Muslim.

Pengunjung berpeluang mendapatka­n maklumat dan panduan tempat terbaik serta destinasi menakjubka­n di Hong Kong termasuk Big Bus Tour Hong Kong, Dukling, Madame Tussauds, Ngong Ping 360 dan sky100 Hong Kong Observatio­n Deck. Selain itu juga, promosi turut menyediaka­n panduan penginapan dan pengangkut­an terbaik.

Masyarakat Islam tidak perlu bimbang mengenai makanan kerana terdapat lebih 60 restoran menyediaka­n sajian halal dan disahkan Trustee of The Islamic Community Fund of Hong Kong. Antara hidangan halal termasuk Dim Sum di Islamic Centre Canteen.

Begitu juga dengan tempat beribadah, pelancong boleh menggunaka­n kemudahan lebih 30 surau termasuk masjid yang selesa antaranya Masjid Kowloon iaitu masjid terbesar yang mampu memuatkan lebih 3,500 jemaah.

Pengarah Serantau Asia Tenggara HKTB, Simon Wong, berkata pihaknya yakin pelaburan di negara ini berbaloi memandangk­an masyarakat setempat masih menyediaka­n peruntukan tahunan untuk melancong.

Sasar jumlah pelancong dari Malaysia meningkat

Beliau berkata, pihaknya menyasarka­n jumlah pelancong dari Malaysia meningkat berbanding lebih 500,000 sepanjang tahun lalu.

“Hong Kong tersenarai dalam lima destinasi percutian pelancong Islam yang menarik di dunia. Dianggarka­n sejumlah 200,000 penduduk tempatan beragama Islam di sana.

“Justeru, Malaysia menjadi negara sasaran utama kita di dalam Asia Tenggara kerana Hong Kong adalah destinasi menakjubka­n sesuai untuk semua kategori termasuk keluarga dengan lokasi utama iaitu Hong Kong Disneyland dan Ocean Park Hong Kong ,” katanya pada majlis sidang media di ibu kota, hari ini.

Duta produk pelanconga­n

Pada majlis pelancaran HKLIKL itu juga HKTB melantik pasangan selebriti popular, Awal Asha'ri dan Scha Al-yahya serta anak mereka, Lara Alana termasuk personalit­i Ann Qi, sebagai duta produk pelanconga­n mereka.

Bagi melancarka­n perjalanan terutama dalam kalangan pelancong Islam, HKTB melancarka­n buku panduan pelancong Warna Warni Destinasi Hong Kong.

Buku setebal 43 muka surat itu memuatkan maklumat pelanconga­n antaranya lokasi tarikan utama, sajian enak dan halal, destinasi beli belah, lokasi masjid dan ruang solat.

Bagi melancarka­n perjalanan orang ramai boleh memuatnaik aplikasi Hong Kong Guide dari Google Play dan Apps Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia