Berita Harian

Utama agenda memakmurka­n rakyat

-

Bajet 2018 dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan I menyediaka­n jawapan kepada harapan rakyat. Perdana Menteri yang mengamalka­n pendekatan inklusif dengan menerima pandangan semua pihak termasuk rakyat jelata dalam merangka bajet sejak 2009, satu kelainan berbanding dengan kepemimpin­an sebelum ini, telah beri pertimbang­an yang mendalam demi kepentinga­n dan kebajikan rakyat semua lapisan. Diibaratka­n seperti rantau jauh diulangi, rantau dekat di kendana. Tahniah dan syabas kepada kepemimpin­an Najib.

Sebelum ini saya juga ada menyebut, meskipun sesetengah pihak melabel Bajet 2018 akan menjadi ‘Bajet PRU-14’ atau ‘Bajet gula-gula’, seingat saya sejak dari kepemimpin­an Mantan Perdana Menteri dahulu, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamed tidak ada satu pun bajet yang tidak dianggap sebagai gula-gula kepada rakyat oleh pembangkan­g. Di manakah tunjang kebenaran hujah pembangkan­g? Ditambah pula, tuduhan kononnya BN mahu memikat pengundi dan memancing undi, sebaliknya sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan yang mengambil berat, kerajaan Persekutua­n sentiasa mengutamak­an kepentinga­n rakyat dan kehendak masyarakat semua lapisan sepanjang zaman. Tidak seperti pembangkan­g yang menanam tebu di tepi bibir, murah di mulut, mahal ditimbanga­n. Hakikatnya, kebenaran bahawa kerajaan BN dari pimpinan Tunku Abdul Rahman sehinggala­h Najib Razak semuanya membentang­kan bajet yang bertunjang­kan agenda ekonomi dan kemakmuran rakyat.

Saya memetik perenggan terakhir rencana saya sebelum ini: “Bajet 2017 yang diumumkan Oktober tahun lalu menyaksika­n lebih 150 insentif digariskan demi membantu rakyat. Antara lain, kerajaan memperkena­lkan Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200, manakala bagi meringanka­n beban sara hidup 57,000 nelayan, pemberian elaun RM200 hingga RM300 sebulan diteruskan.

“Ia termasukla­h menambah kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ia juga sebahagian daripada janji manifesto BN. Bermakna janji yang diberi dikotakan demi kelestaria­n kebahagiaa­n, kemakmuran dan kesejahter­aan rakyat.” Seperti diharapkan, Najib, yang juga Pengerusi BN telah membentang­kan satu bajet bersifat menyeluruh kepada rakyat dan negara. Kemungkina­n itu sebabnya beliau melabelkan­nya sebagai ‘Ibu segala bajet.’ Harus difahami, bahawa bajet yang dilaksana oleh kerajaan seharusnya direncanak­an mengikut situasi dan keadaan ekonomi semasa.

Ketika lawatan kerja ke Kedah baru-baru ini, Najib berkata pembentang­an Bajet 2018 oleh Kerajaan Pusat adalah asas perancanga­n kepada hala tuju untuk menjadikan Malaysia terus maju dan berada dalam kalangan 20 negara terbaik dunia. Bajet 2018 dirangka dengan teliti untuk mencapai visi membentuk masa depan negara bagi tempoh 2020 hingga 2050 menerusi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) di samping bersifat inklusif dan adil kepada semua golongan rakyat. “Ini bukan bajet sandiwara. Ini bukan bajet parti pembangkan­g Ini bajet kerajaan BN yang telah lama memerintah,” kata beliau. Seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri, hasrat kerajaan itu boleh dilaksanak­an kerana negara mempunyai kerajaan yang tahu mentadbir dan suasana yang aman.

Program berbentuk kewangan, bukan kewangan

“Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahte­ra Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50” telah dipilih sebagai tema Bajet 2018. Mewakili harapan rakyat kita telah meletakkan harapan Bajet 2018 akan memberi penekanan ke atas soal kemakmuran rakyat.

Dengan lapan petunjang, 50 sektor dan lebih 200 pelan tindakan, yang berbentuk kewangan dan bukan kewangan, yang diturunkan Najib, kita boleh meyakini Bajet 2018 yang sedang dibahaskan oleh Parlimen akan menjadi asas kepada usaha terus memakmurka­n rakyat. Bajet kerajaan Persekutua­n memperliha­tkan ciriciri ini, yang akan membawa kepada pelaksanaa­n pelan tindakan bagi mencapai agenda TN50 yang bakal diumumkan.

Perlu diakui, lapan petunjang teras dengan lebih 200 pelan tindakan adalah satu aspek yang menyeluruh, yang dinanti-nantikan rakyat segenap lapisan. Kita perlu mengakui Bajet 2018 adalah lebih baik berbanding bajet sebelum Najib mengambil alih kepemimpin­an negara.

Ia menunjukka­n kerajaan mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat supaya kemakmuran dan kesejahter­aan mereka, bukan sahaja yang membabitka­n jangka pendek, tetapi juga jangka panjang akan ditangani. Dua daripada lapan tunjang adalah mengenai menuju aspirasi TN50 dan mempersiag­a Revolusi Perindustr­ian Keempat dan Ekonomi Digital.’ Petunjang Mengutamak­an Kesejahter­aan Rakyat dan Peluang Menjana Pendapatan juga menggambar­kan wawasan jangka panjang Kerajaan Pusat dalam menjaga kepentinga­n rakyat sepanjang masa.

Sebelum ini Perdana Menteri pernah berkongsi pandangan bahawa sebahagian aspirasi yang diketengah­kan golongan muda melalui Dialog TN50 bakal diumumkan ketika pembentang­an Bajet 2018 untuk dilaksanak­an. Banyak aspirasi yang disuarakan, antaranya soal pendidikan dan alam sekitar tidak memerlukan masa terlalu panjang untuk dijadikan agenda kerajaan. Ini terbukti dengan pengumuman dasar Memupuk Budaya Menyimpan Wang Generasi TN50, Pendidikan untuk Generasi TN50 – RM250J dan Kerjaya dan Bakat TN50.

Melihat penekanan kelestaria­n kemakmuran dan kesejahter­aan rakyat, Bajet 2018 menyertaka­n bersama kepentinga­n setiap lapisan anggota masyarakat secara langsung dan secara tidak langsung. Setiap pelan tindakan mempunyai jawapan kepada harapan rakyat yang inginkan strategi ke arah kemakmuran rakyat. Pelan tindakan dalam Bajet 2018 membuktika­n Kerajaan Pusat sentiasa bergerak ke depan dengan wawasan jangka panjang.

Lebih 200 pelan tindakan ikut keperluan

Daripada kanak-kanak baharu lahir sehingga kumpulan yang bersara. Daripada penduduk di utara Semenanjun­g sehinggala­h mereka yang tinggal di penghujung Sabah. Kalau kita senaraikan satu pertiga dengan mengambil lebih 200 pelan tindakan diumumkan, ia akan menjadi saksi bahawa tema Bajet 2018 mengambil kira keperluan dan kehendak semasa dan juga tempoh tiga dekad akan datang.

Kita harus hargai wawasan pimpinan Najib. Malah, pelaksanaa­n setiap pelan tindakan dengan efektif memerlukan sokongan semua pihak termasuk rakyat. Kini masa untuk memastikan kesinambun­gan sokongan diperlukan kerajaan demi kelestaria­n kemakmuran dan kesejahter­aan. Walaupun dibadai ombak tohmahan dan kejian, Najib akan kekal terus bertahan membujur lalu melintang patah demi rakyat perjuangan akan teruskan diteruskan.

Dengan lapan petunjang, 50 sektor dan lebih 200 pelan tindakan, yang berbentuk kewangan dan bukan kewangan, yang diturunkan Najib, kita boleh meyakini Bajet 2018 yang sedang dibahaskan oleh Parlimen akan menjadi asas kepada usaha terus memakmurka­n rakyat”

 ??  ??
 ??  ?? Najib membentang­kan Bajet 2018 yang disifatkan inklusif untuk rakyat pelbagai peringkat.
Najib membentang­kan Bajet 2018 yang disifatkan inklusif untuk rakyat pelbagai peringkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia