Berita Harian

Projek pembanguna­n Pulau Pinang perlu patuhi syarat

Elak risiko kesan buruk akibat bencana alam

- Oleh Adha Ghazali dan Muhammad Yusri Muzamir

Kerajaan DAP Pulau Pinang diingatkan supaya memastikan setiap projek pembanguna­n di negeri ini menepati syarat ditetapkan bagi mengelak risiko kesan buruk akibat bencana alam seperti banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua ketetapan dan syarat dalam menentukan kelulusan pembanguna­n patut diberikan keutamaan, malah aspek penguatkua­saan juga perlu diberikan perhatian.

“Soal penguatkua­saan perlu diberi perhatian, di samping itu semua projek pembanguna­n perlu patuhi keperluan dan apa-apa syarat sekali pun yang dikenakan.

“Ini adalah untuk mengelak pembanguna­n tak bawa akibat, khususnya dalam menjejaska­n keadaan alam sekitar dan boleh jadikan keadaan lebih buruk pada masa akan datang.

Usah utamakan untung

“Pemaju perlu patuhi peraturan dan tidak pentingkan keuntungan sahaja. Apa-apa projek pembanguna­n mesti ada penilaian kesan kepada alam sekitar,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Agama Rakyat Ar-ridwan di sini, yang menempatka­n kira-kira 200 mangsa.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Ditanya mengenai desakan badan bukan kerajaan (NGO) supaya pembanguna­n di lereng bukti di negeri ini dihentikan, Perdana Menteri berkata beliau pasti semua perkara perlu diambil kira dalam setiap projek pembanguna­n, termasuk perumahan bagi mengelak sebarang bencana.

Najib berkata, kerajaan negeri juga perlu mengambil kira semua pandangan jika ia memberi kebaikan kepada semua pihak.

Menyentuh banjir besar yang berlaku di negeri ini, Najib berpuas hati dengan peranan yang dimainkan semua pihak seperti kerajaan negeri termasuk agensinya yang bekerjasam­a erat dengan kerajaan pusat dalam menangani keadaan banjir ini.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Najib dan Rosmah berkata sesuatu kepada Kalizawati Sadri, 37, bersama anak ketika meninjau mangsa banjir di penempatan sementara di Sekolah Menengah Agama Rakyat Ar-ridwan, Tasek Gelugor, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Najib dan Rosmah berkata sesuatu kepada Kalizawati Sadri, 37, bersama anak ketika meninjau mangsa banjir di penempatan sementara di Sekolah Menengah Agama Rakyat Ar-ridwan, Tasek Gelugor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia