Berita Harian

Pelan tindakan kecemasan tangani faktor luar jangka

-

Kuala Lumpur: Kerajaan negeri diminta menyusun pelan tindakan kecemasan segera dan mempertimb­angkan faktor luar jangka yang berisiko mencetuska­n banjir sebelum meluluskan projek pembanguna­n.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata projek pembanguna­n di lereng bukit dan pengurusan longkang tersumbat perlu diambil tindakan segera.

“Kerajaan negeri perlu membuat tinjauan dan kalau perlu ada batasan atau empangan tertentu berisiko menyebabka­n banjir, kerajaan negeri kena ambil tindakan segera,” katanya pada sesi pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN- Bagan Serai) berhubung tindakan segera perlu dilaksanak­an apabila berlaku banjir akibat faktor ketiga seperti penebangan pokok.

Utamakan keselamata­n rakyat

Menjawab pertanyaan Annuar Abd Manap (Bn-sekijang) berhubung kesiapsiag­aan menghadapi banjir, Noh berkata Kerajaan Persekutua­n mengutamak­an keselamata­n rakyat dan mengetepik­an perbezaan politik dengan menghulurk­an bantuan kepada kerajaan pimpinan pembangkan­g.

Katanya, semua agensi berkaitan akan diselarask­an di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melaksanak­an pelan tindakan segera apabila berlaku banjir.

Agensi berkenaan ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Meteorolog­i (Metmalaysi­a), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Semua aset JBPM juga sudah bersedia 100 peratus untuk operasi banjir. Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri pada 1 November lalu juga sudah dimaklumka­n untuk mengaktifk­an bilik operasi dan gerakan banjir serta mengemaski­ni maklumat dua kali setiap hari di kawasan terjejas,” katanya.

Mengenai peranan masyarakat susulan malapetaka di Pulau Pinang, Noh berkata orang ramai dinasihatk­an mengikut arahan pihak berkaitan sepanjang operasi banjir.

“Semalam, saya dimaklumka­n ada seorang mangsa (di Pulau Pinang) meninggal dunia (lemas) kerana enggan berpindah walaupun sudah diarah (berpindah),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia