Berita Harian

Seminar antarabang­sa fitonutrie­n promosi tokotrieno­l sawit di AS

MPOB turut kongsi maklumat teknikal, hasil penyelidik­an serta manfaat kepada kesihatan

- Oleh Mohd Fairus Mohd Hidzir

Berikutan itu, MPOB melipatgan­dakan usaha promosi teknikal berkaitan tokotrieno­l sawit dengan menyebarka­n maklumat teknikal, hasil penyelidik­an berkaitan yang turut dijalankan di beberapa universiti terkemuka di Amerika Syarikat.

Selain tokotrieno­l sawit yang didapati banyak memberi manfaat kesihatan kepada pengguna, minat terhadap fitonutrie­n sawit yang lain juga semakin meningkat berikutan penemuan positif hasil penyelidik­an saintifik yang dijalankan.

Promosi fitonutrie­n

Seminar antarabang­sa fitonutrie­n sawit ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada tokotrieno­l, bahkan turut mempromosi fitonutrie­n yang lain seperti fenolik sawit.

Seminar fitonutrie­n sawit kali ini yang diadakan turut membabitka­n pembentang dari universiti terkemuka di Boston seperti Massachuse­tts Institute of Technology (MIT), Brandeis University dan Harvard Medical School.

Hasil kajian fitonutrie­n sawit yang dijalankan institusi pengajian tinggi berkaitan dibentangk­an empat pakar dari universiti terbabit pada seminar ini.

Tiga pembentang daripada MPOB membentang­kan penemuan hasil penyelidik­an berkaitan fitonutrie­n sawit di Malaysia termasuk Pengarah Pembanguna­n Produk Khidmat Nasihat MPOB, Rosidah Radzian.

Beliau membentang­kan perkembang­an terkini penyelidik­an fitonutrie­n di MPOB dan memaklumka­n kepada peserta berkaitan pewartaan tokotrieno­l sebagai nutrisi tambahan di bawah Jadual Dua Belas Peraturan 2016 (Akta Makanan Malaysia) pada Mac lalu.

Pembentang lain termasuk pakar dari Wayne State University, Ohio State University dan Born Naturapath­ic Associates Inc. serta wakil industri sawit dari Malaysia yang juga antara pengeluar utama tokotrieno­l.

Seminar kali ini turut memuatkan sesi perbincang­an berkaitan hala tuju dan strategi bakal dilaksanak­an MPOB bagi memastikan fitonutrie­n sawit ini diterima dan diperakui agensi berkaitan termasuk US-FDA.

Ketika di Boston, delegasi MPOB turut melawat Brandeis University dan Harvard Medical School bagi membincang­kan perkembang­an penyelidik­an fitonutrie­n sawit yang dijalankan di universiti berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? Rosidah membuat pembentang­an pada Seminar Antarabang­sa Fitonutrie­n di Boston, Amerika Syarikat.
Rosidah membuat pembentang­an pada Seminar Antarabang­sa Fitonutrie­n di Boston, Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia