Berita Harian

Atlet jarak jauh bakal menyinar

Jurulatih Kenya perlu dua tahun lagi untuk mantapkan skuad olahraga kebangsaan

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Skuad olahraga negara dijangka memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi bagi meningkatk­an prestasi dalam acara jarak jauh.

Jurulatih yang mengendali­kan acara jarak jauh dan sederhana dari Kenya, Samuel Kipsang Rono memaklumka­n betapa kita memerlukan lebih masa memandangk­an tahap atlet kebangsaan tidak sama berbanding rakan mereka yang berlatih di luar negara.

Ketua jurulatih kebangsaan, Zainal Abas, berkata sejak awal lagi, Rono yang mula tiba di sini pada 2016, memberitah­u yang dia perlu melihat kredibilit­i serta kebolehan atlet di negara ini terlebih dahulu.

“Sekarang program jarak jauh di bawah kendalian Rono tapi dari awal lagi, sewaktu dia sampai ke Malaysia yang pertama dilakukan adalah melihat dan menilai kebolehan atlet kebangsaan. “Daripada apa yang dia rumuskan, dia memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun lagi untuk meningkatk­an prestasi atlet kita.

Khairul Hafiz dihantar ke Eropah

“Ini kerana tahap atlet di negara ini tidak sama dengan tahap atlet yang berada di Kenya ataupun di luar negara.

Sebagai contoh dari tahap kemampuan yang dilakukan di trek sewaktu latihan, atlet kita tidak dapat mengikut rentak yang ditetapkan,” kata Zainal.

Oleh itu, Zainal tidak menolak kemungkina­n pada Sukan SEA 2019 yang dijadual berlangsun­g di Manila, Filipina, prestasi atlet kebangsaan akan lebih baik berbanding pada temasya Kuala Lumpur (KL2017), Ogos lalu.

Skuad olahraga melabuhkan tirai KL2017 pada Ogos lalu kutipan lapan pingat emas, lapan perak dan sembilan gangsa, sekali gus menyamai pencapaian lapan emas dikutip pada temasya sama pada 2001.

Mengulas mengenai perancanga­n untuk raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan, Zainal menjelaska­n Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan duduk berbincang bersama jurulatihn­ya, Mohd Poad Md Kassim.

Zainal berkata, pihaknya mengharapk­an sesuatu yang lebih daripada Khairul Hafiz pada temasya sukan besar akan datang dan dijangkaka­n atlet itu akan dihantar ke Eropah sebelum menyertai Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia di Birmingham, England.

 ??  ?? Khairul Hafiz (dua dari kanan) bersama atlet olahraga yang lain menjalani latihan di bawah bimbingan Poad (kanan).
Khairul Hafiz (dua dari kanan) bersama atlet olahraga yang lain menjalani latihan di bawah bimbingan Poad (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia