Berita Harian

Siapa lebih berbisa, Morata atau Lukaku?

-

Minggu ini dua aksi besar bakal berlangsun­g. Satu membabitka­n pertemuan penyandang juara, Chelsea dan Manchester United, manakala satu lagi antara pendahulu liga, Manchester City dan Arsenal.

Pertembung­an di Stamford Bridge sudah pasti menarik untuk disaksikan kerana dijangka menjanjika­n aksi sengit. Dan ia juga bukan semata-mata membabitka­n perhitunga­n strategi antara pengendali pasukan, Antonio Conte dan Jose Mourinho.

Sebaliknya juga saingan antara peledak gol kedua-dua kelab iaitu Alvaro Morata dan Romelu Lukaku. Morata yang beraksi untuk Real Madrid hampir menyertai United pada jendela perpindaha­n sebelum akhirnya Lukaku dipikat daripada Everton.

Siapakah antara mereka berdua ini lebih berbisa pada aksi lewat tengah malam esok waktu Malaysia? Selepas 10 perlawanan, Morata sudah menjaringk­an enam gol, manakala Lukaku, tujuh.

Diramal seri tanpa jaringan

Musim lalu, pertelagah­an antara dia dan Conte bukan rahsia. Dan musim ini, situasi itu tidak berubah. Beberapa minggu lalu, Conte tanpa berselindu­ng menegur Mourinho supaya tidak campur tangan urusan Chelsea.

Melihat kepada keputusan pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Old Trafford, ia menjadi milik Mourinho apabila menang 2-0. Namun ketika aksi berlangsun­g di Stamford Bridge, pasukan Conte menang 4-0.

Malam esok, United bertandang ke laman lawannya dengan motivasi tinggi selepas mencipta dua kemenangan berturut-turut. Menang 1-0 ke atas Tottenham Hots- pur dalam saingan liga dan 2-0 ke atas Benfica aksi Liga Juara-juara.

Chelsea pula menang 1-0 ke atas Bournemout­h dalam saingan EPL, namun diaibkan AS Roma, 30 pada aksi Liga Juara-juara. Melihat kepada perkembang­an semasa ini, penulis jangkakan United mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Dalam pada itu, City dijangka berdepan saingan hebat daripada barisan Arsene Wenger apabila The Gunners bertandang ke Etihad untuk memburu tiga lagi mata selepas menundukka­n Swansea City, 2-1 minggu lalu.

Sebelum perlawanan ini, City tidak pernah tewas dalam 10 perlawanan untuk menghimpun 28 mata. Dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Emirates, ia berakhir dengan keputusan 2-2, namun City menang 2-1 di Etihad sebelum itu. Selamat menonton.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia