Berita Harian

Militan Daesh akui penyerang New York anggota mereka

-

Washington: Militan Daesh mengakui bahawa penyerang yang membunuh lapan orang dalam kejadian rempuhan trak di laluan berbasikal di Manhattan, New York, adalah anggota kumpulan mereka.

“Seorang anggota Daesh menyerang sejumlah ‘tentera Salib’ di sini,” lapor satu artikel dalam edisi akhbar minggu kumpulan itu, alnaba, menurut Kumpulan Risikan SITE.

Sayfullo Saipov, 29, adalah pendatang dari Uzbekistan. Dia didakwa atas beberapa kesalahan keganasan selepas dituduh memandu trak pikap yang disewa untuk merempuh laluan basikal sejauh 1.6 kilometer di Manhattan.

Beberapa dokumen tuduhan menyebut, dia mengaku bertindak atas nama Daesh dan ‘merasa bagus dengan apa yang dilakukan’ sehingga meminta bendera Daesh digantung dalam bilik hospitalny­a.

Polis berkata, dia didapati menuruti arahan jelas yang dimuat naik Daesh di media sosial kepada pengikutny­a.

Dia turut didakwa memiliki tiga pisau, ribuan gambar propaganda Daesh serta beberapa video memaparkan militan Daesh membunuh tahanan.

Trumptetap­marah

Sementara itu, Presiden Donald Trump bertegas mahukan hukuman mati dikenakan ke atas warga berasal dari Uzbekistan itu.

Beliau jelas masih belum reda daripada kekecewaan terhadap sistem penghakima­n negara itu susulan serangan terbabit.

“Amerika memerlukan hukuman yang lebih pantas dan tegas berbanding hukuman yang dikenakan ke atas ‘binatang’ seperti ini,” katanya sebelum menulis ‘Hukuman Mati’ di laman Twitter.

Kenyataan Trump ini sudah pasti menyukarka­n lagi proses pendakwaan terhadap Sayfullo Saipov, 29, iaitu melanggar peraturan yang tidak membenarka­n pegawai kerajaan memberi komen terhadap perbicaraa­n kes jenayah yang sedang bersidang.

“Trump membantu pengganas dengan tulisan Twitternya. Sekarang pendakwa perlu menghabisk­an masa berdepan dengan pandangan juri yang pasti terganggu,” kata bekas pendakwa raya, Renato Mariotti di Twitter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia