Berita Harian

Trump beri China amaran awal

Anggap Jepun boleh bertindak sendiri ‘serang’ Pyongyang

-

Presiden Donald Trump kembali membuat kecoh lagi menjelang kunjungan beliau ke Asia. Ancaman nuklear Korea Utara memaksa Presiden Amerika Syarikat itu memberi amaran kepada China bahawa Jepun yang digelar sebagai ‘Negara Wira’ mungkin bertindak bersendiri­an jika isu rejim Pyongyang tidak diselesaik­an dengan cara terbaik.

Kenyataan itu menyusul ketika dia mahu membuat kunjungan kali pertama ke Asia sejak menjadi pemimpin negara pada Januari, tahun ini.

Trump menganggap ketegangan program peluru berpandu dan nuklear adalah pada tahap berbahaya.

“Jepun adalah ‘negara wira’ dan saya mahu memberitah­u China dan juga pihak lain untuk lebih peka. Kita semua akan menghadapi masalah amat besar jika kita membenarka­n Korea Utara meneruskan impian mereka,” kata Trump kepada Fox News, kelmarin.

Trump puji pemimpin China

Namun, ketika sama pemimpin itu turut memuji Presiden Xi Jinping yang kini kelihatan bersikap agak keras ke atas Korea Utara dan percaya Beijing akan membantu semua pihak terbabit yang menentang Pyongyang.

Selepas digesa Presiden AS itu, China kini melaksanak­an tekanan ke atas negara jiran itu sebagai menyokong sekatan oleh Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB). Perhubunga­n diplomatik di antara keduadua negara gergasi itu bertambah mesra ketika ini.

Dalam perkembang­an sama, Pyongyang mungkin bersiap sedia melancarka­n ujian peluru berpandu lain, menurut agensi risikan Korea Selatan, kelmarin, beberapa hari sebelum Trump berkunjung ke semenanjun­g terbahagi itu.

“Ada kemungkina­n Korea Utara akan melancarka­n peluru berpandu kerana pergerakan kenderaan dikesan di kemudahan penyelidik­an peluru berpandu di Pyongyang,” kata Perkhidmat­an Risikan Nasional kepada sesi audit parlimen tertutup, lapor agensi berita Yonhap.

Presiden AS dijangka akan tiba di Seoul Selasa ini, sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Asia termasuk Jepun, China, Vietnam dan Filipina dengan perhatian tertumpu kepada mesej untuk Kim Jongun dan Korea Utara.

Jepun adalah ‘negara wira’ dan saya mahu memberitah­u China dan juga pihak lain untuk lebih peka. Kita semua akan menghadapi masalah amat besar jika kita membenarka­n Korea Utara meneruskan impian mereka” Donald Trump, Presiden AS

Pengebom AS terbang merentasi Semenanjun­g Korea, kelmarin sebagai sebahagian daripada latihan dengan pesawat perang Jepun dan Korea Selatan, kata Tentera Udara Amerika Syarikat beberapa hari sebelum Presiden Donald Trump tiba di rantau itu dalam kunjungan yang menumpukan isu kuasa nuklear Korea Utara.

Kunjungan Trump akan menjadikan isu itu sebagai tumpuan, selepas Presiden Amerika Syarikat dan pemimpin Korea Utara, Kim Jongun saling mengkritik dan mengancam untuk berperang.

Penerbanga­n pesawat pengebom B1B supersonik Lancer di kawasan itu sentiasa mencetuska­n kemarahan Korea Utara yang mengutuk latihan terbabit sebagai ‘sabotaj’, semalam.

Bergabung di Laut Kuning

Dua pesawat B1B berlepas dari Pangkalan Udara Andersen di Guam dan kemudian disertai jet pejuang Angkatan Pertahanan Jepun di barat negara itu, kata Angkatan Udara Amerika Syarikat Pasifik dalam satu kenyataan.

“Pesawat itu kemudian terbang ke Korea untuk bergabung dengan beberapa jet pejuang Korea Selatan di Laut Kuning,” kata kenyataan itu sambil menambah semua pesawat berkenaan kembali ke stesen masingmasi­ng sebaik selesai.

Latihan ini adalah sebahagian daripada misi ‘kesediaan pengebom berterusan’ di Pasifik dan ‘bukan bertindak balas terhadap sebarang kejadian semasa’ kata kenyataan itu.

 ?? [ FOTO EPA ] ??
[ FOTO EPA ]
 ??  ?? Anggota polis Korea Selatan menahan seorang pelajar universiti yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan membantah kunjungan Trump ke negara itu di hadapan bangunan Perhimpuna­n Kebangsaan di Seoul, semalam, manakala gambar kanan menunjukka­n penunjuk...
Anggota polis Korea Selatan menahan seorang pelajar universiti yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan membantah kunjungan Trump ke negara itu di hadapan bangunan Perhimpuna­n Kebangsaan di Seoul, semalam, manakala gambar kanan menunjukka­n penunjuk...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia