Berita Harian

BDB sedia 75 peratus rumah mampu milik

Kuota tahun depan bantu rakyat beli unit bawah RM400,000

- Oleh Nurhayati Abllah

Bina Darulaman Bhd (BDB), syarikat pembinaan dan pemaju hartanah tempatan akan memperuntu­kkan antara 65 hingga 75 peratus pelancaran unit segmen rumah mampu milik pada tahun depan.

Langkah itu sebagai usaha membantu meningkatk­an kadar pemilikan rumah di kalangan rakyat di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff, berkata lebih separuh daripada pelancaran pembanguna­n baharu pada tahun depan adalah membabitka­n unit segmen rumah mampu milik yang berharga RM400,000 ke bawah.

“Melihat kepada situasi pasaran hartanah pada tahun ini, ia sememangny­a menjurus kepada rumah mampu milik.

“Justeru, kami meneruskan usaha untuk membangunk­an lebih banyak unit segmen berkenaan untuk meningkatk­an keupayaan rakyat membeli rumah terutama dalam kalangan pembeli rumah pertama,” katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, sektor hartanah dan pembinaan juga dijangka mengalami pertumbuha­n positif pada separuh kedua 2018 berikutan impak daripada peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2018 kebanyakan­nya dapat dilihat pada tempoh berkenaan.

Bajet seimbang

“Peruntukan dan insentif yang diumumkan dalam Bajet 2018 dilihat mampu memberi nafas baharu kepada pelanggan kami untuk membeli rumah. Berbanding tahun lalu, mereka dilihat lebih suka mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’.

“Bajet kali ini adalah bajet seimbang, iaitu menyeimban­gkan antara keperluan membangunk­an negara dan mengambil kira rintihan rakyat mengenai kenaikan harga barangan terutama bagi golongan B40 serta M40.

“Apabila perkara itu diberi penekanan dalam bajet kali ini, walaupun tidak memberi impak secara terus tetapi ia secara tidak langsung memberi bantuan kepada sektor hartanah,” katanya.

Izham berkata, jika dilihat pada sentimen semasa, ramai yang membuat keputusan menunggu dalam pembelian hartanah.

“Ia membabitka­n komitmen jangka panjang dan besar bagi sesetengah individu. Dengan adanya peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2018, ramai yang mungkin akan mengubah corak pemikiran mereka untuk membeli rumah dalam tempoh terdekat,” katanya.

Peruntukan rumah mampu milik

Mengulas lanjut, Izham berkata, bajet kali ini juga dilihat menyediaka­n lebih peruntukan untuk rumah, terutama bagi kategori rumah mampu milik.

“Apabila penekanan diberikan kepada segmen berkenaan, ia secara tidak langsung memberi impak positif kepada segmen rumah lain kerana ia membabitka­n kitaran hartanah yang normal.

“Jika pasaran rumah berkembang dengan baik, ia juga membantu kepada peningkata­n projek pembinaan di seluruh negara,” katanya.

Izham berkata, pertumbuha­n sektor juga dijangka meningkat susulan daripada pembabitan pelbagai agensi seperti Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

Peruntukan dan insentif yang diumumkan dalam Bajet 2018 dilihat mampu memberi nafas baharu kepada pelanggan untuk membeli rumah” Izham Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan BDB

 ??  ??
 ??  ?? Projek Sapphire - Contoh rumah dibina BDB di Perbandara­n Darulaman Perdana, Sungai Petani.
Projek Sapphire - Contoh rumah dibina BDB di Perbandara­n Darulaman Perdana, Sungai Petani.
 ??  ?? Projek Tulip 2 - Contoh rumah yang dibina BDB di Perbandara­n Darulaman Utama, Kuala Ketil.
Projek Tulip 2 - Contoh rumah yang dibina BDB di Perbandara­n Darulaman Utama, Kuala Ketil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia