Berita Harian

Zaleha ikon pendidikan, perundanga­n

Rektor UIAM wanita pertama dilantik Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin dan Baharombak­ar

Ketokohan dan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perundanga­n keluarga melayakkan Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin, 56, dipilih menjadi wanita pertama sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu.

Pelantikan itu, sekali gus menjadi azimat Zaleha untuk meningkatk­an memartabat golongan hawa pada tempat sewajarnya.

Lebih istimewa, Zaleha juga memegang jawatan Rektor Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM).

Kewibawaan dan ketokohan beliau tidak diragui apabila kini Zaleha menggalas dua jawatan berkenaan sekali gus atas pengalaman yang luas dalam kedua-dua bidang.

Justeru, ibu kepada lima cahaya mata ini layak digelar ikon pendidikan dan perundanga­n berdasarka­n ratusan pencapaian­nya dalam negara dan peringkat antarabang­sa, memang tiada galang gantinya.

Membela nasib dan memberi keadilan kepada golongan wanita yang menjadi mangsa penindasan serta penganiaya­an lelaki, adalah azam utama Zaleha bagi memenuhi tanggungja­wabnya sebagai hakim.

Beliau yang beberapa kali dijemput menyampaik­an ucaptama dalam puluhan simposium, seminar, syarahan pendidikan dan perundanga­n di serata dunia, selayaknya berada pada barisan paling tinggi dalam sistem kehakiman syariah negara.

Pendidikan berasaskan Islam

Pelantikan Zaleha yang berasal dari Raub, Pahang dan pemilik Ijazah Doktor Falsafah Undang-undang Keluarga Perbanding­an (Sivil dan Syariah) dari Universiti London serta berpengala­man luas dalam bidang undang-undang diperkenan­kan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam Majlis Penghadapa­n dan Upacara Pengurniaa­n Tauliah di Istana Syarqiyyah di sini, baru-baru ini, beliau adalah satu-satunya wanita daripada lima individu yang ditauliahk­an menerima jawatan sama.

Empat lagi yang membarisi panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah ialah Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Datuk Abdul Rahman Md Yunus, Datuk Mohd Yazid Mustafa dan Datuk Abdul Walid Abu Hassan.

Zaleha yang bersyukur dengan pelantikan itu berkata, pengiktira­fan diberikan sebagai dorongan kepadanya untuk memantapka­n bidang pendidikan, terutama berasaskan Islam di negara ini.

“Saya terharu dengan pelantikan ini dan akan terus berusaha memantapka­n lagi bidang pendidikan serta perundanga­n negara. Sebagai ahli akademik, perjuangan saya tidak pernah terhenti terutama dalam melahirkan lebih ramai golongan profesiona­l wanita Islam,” katanya.

Zaleha yang sudah menghasilk­an pelbagai penyelidik­an, menerbitka­n 20 buku, lebih 200 artikel dan jurnal berkata, amanah yang dipertangg­ungjawabka­n bukan tugas mudah, sebaliknya berjanji akan menggalas sebaiknya.

Tegak keadilan wanita

“Saya akan menggunaka­n segala pengalaman dan ilmu yang ada untuk menyelesai­kan kes yang memberi keadilan kepada golongan wanita ketika proses perbicaraa­n di Mahkamah Rayuan Syariah.

“Saya berharap mereka yang berurusan dengan Mahkamah Rayuan Syariah akan berpuas hati menerima keputusan rayuan, walaupun mungkin ada antara mereka, terutama golongan wanita berpandang­an keputusan dikendalik­an hakim lelaki hanya memihak kepada lelaki,” katanya.

Mengulas cabarannya membahagik­an masa antara tugas sebagai Rektor UIAM dan tanggungja­wab baharu sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Zaleha berkata, dengan bantuan dan sokongan semua pihak beliau yakin mampu melaksanak­an kedua-dua tugas dengan baik.

“Perbicaraa­n kes rayuan membabitka­n tuntutan harta dan perceraian hanya bersidang setiap Ahad.

“Namun, tidak semestinya kes rayuan itu akan bersidang setiap Ahad sahaja, sebaliknya pendaftar mahkamah akan mengumpulk­an kes terbabit sebelum dibawa ke Mahkamah Rayuan Syariah.

“Justeru Insya-allah saya yakin mampu menggalas amanah diberi dengan sebaik mungkin,” katanya.

“Saya mahu memberi penghakima­n terbaik yang mampu memberi keadilan dalam kes kekeluarga­an yang difailkan, termasuk membela nasib wanita teraniaya dan ditindas lelaki khususnya membabitka­n tuntutan harta sepencaria­n dan penjagaan anak,” katanya.

Saya akan terus berusaha memantapka­n lagi bidang pendidikan serta perundanga­n negara. Sebagai ahli akademik, perjuangan saya tidak pernah terhenti dalam melahirkan lebih ramai golongan profesiona­l wanita Islam” Zaleha Kamarudin, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu

 ?? [FOTO ROZAINAH ZAKARIA/BH] ??
[FOTO ROZAINAH ZAKARIA/BH]
 ??  ?? Zaleha bergambar bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tiga dari kiri) dan empat Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang lain pada Majlis Penghadapa­n dan Upacara Pengurniaa­n Tauliah di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu,...
Zaleha bergambar bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tiga dari kiri) dan empat Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang lain pada Majlis Penghadapa­n dan Upacara Pengurniaa­n Tauliah di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu,...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia