Berita Harian

MAHB, Cainiao bangunkan hab logistik e-dagang

-

Sepang: Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) menandatan­gani perjanjian kerjasama dengan cabang logistik Alibaba, Cainiao bagi membangunk­an hab logistik e-dagang pertama di dunia yang dijangka beroperasi menjelang suku ketiga 2020.

Kerjasama itu adalah sebahagian daripada fasa kedua pembanguna­n hab e-penunaian (e-fulfillmen­t) yang akan meletakkan KLIA Aeropolis sebagai peneraju hab penghantar­an e-dagang.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali, berkata menerusi pembanguna­n itu, MAHB akan memegang ekuiti sebanyak 30 peratus, manakala baki 70 peratus oleh Cainiao.

“Bagi tujuan itu sebuah syarikat tujuan khas (SPV) akan diwujudkan dan ia akan dimaklumka­n dalam tempoh terdekat.

“Hab logistik berkenaan merangkumi kawasan seluas 25.5 hektar berdekatan dengan terminal tambang murah (LCCT) yang mana kawasan sekitar berkenaan akan dibangunka­n sebagai hab kargo antarabang­sa.

“Projek berkenaan akan membabitka­n ekuiti kira-kira RM200 juta,” katanya selepas pelancaran Fasa Pertama Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ), semalam.

Pelancaran disempurna­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Yang turut hadir, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Alibaba, Jack Ma.

Terdahulu, Najib turut menyempurn­akan majlis pecah tanah Taman DFTZ KLIA Aeropolis.

Pertukaran dokumen

Pada majlis itu, turut diadakan pertukaran dokumen antara MAHB dan Cainiao bagi pembanguna­n hab berkenaan.

Badlisham berkata, pembanguna­n hab itu kini di peringkat awal perancanga­n dan pihaknya menjangkak­an siap menjelang suku kedua 2020.

Hab berkenaan bakal menjadi pusat e-penunaian (e-fulfillmen­t) pertama luar China milik Alibaba yang menjadi sebahagian DFTZ.

Kemudahan itu membantu kepada penyimpana­n lebih pantas, mempercepa­tkan pemeriksaa­n kastam selain operasi agihan gudang lebih berkesan.

Ia juga memendekka­n tempoh pelepasan dan pengurusan barangan di sempadan dari enam jam sebelum ini kepada tiga jam sahaja.

Pada masa sama ia akan menambah baik operasi terminal kargo (CTO) dari empat jam ke hanya 90 minit.

 ??  ?? Badlisham Ghazali
Badlisham Ghazali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia