Berita Harian

Kelab peminat Helang Merah puas hati sistem agihan

-

Alor Setar: Kelab penyokong bola sepak Kedah berpuas hati dengan ketelusan sistem pengagihan tiket yang dipersoalk­an oleh sesetengah penyokong yang mendakwa Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak berlaku adil dalam proses pengagihan tiket kepada penyokong Kedah.

Pengerusi Kelab Red Eagle Frenz Kedah (REFK), Azmi Abdullah, berkata KFA telah menjalanka­n tugas dengan baik apabila menambah kuota untuk tiket berkumpula­n (bas) daripada 200 buah bas kepada lebih 400 buah bas.

“Ini telah membuktika­n ketelusan dan keperihati­nan KFA untuk memberi peluang kepada penyokong Kedah dari segenap daerah di Kedah untuk menyaksika­n perlawanan esok.

Permintaan berkumpula­n naik

“Namun keghairaha­n penyokong Kedah yang memuncak dan sungguh luar biasa pada tahun ini menyebabka­n ramai yang kecewa tidak berjaya mendapatka­n tiket.

“Rata-rata yang menaiki bas ini berpendapa­tan rendah...berbanding yang memiliki kenderaan sendiri, jadi permohonan tiket melalui bas perlu juga mendapat perhatian KFA,” katanya.

Pengerusi Jaguh Utara Fans Club (JUFC), Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata, JUFC setuju dengan cara agihan tiket final yang dibuat oleh KFA.

“Saya dimaklumka­n bahawa jualan tiket di kaunter sama sahaja seperti tahun lepas iaitu sebanyak 8,000 yang menjadi masalah apabila peminat tidak faham agihan kuota untuk kelab peminat, kelab gabungan dan juga untuk mana-mana pihak yang ingin membuat rombongan secara berkumpula­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia