Berita Harian

TMJ kecewa cara KFA layan penyokong

Mana-mana individu berkenaan disaran lepas jawatan jika gagal laksana tanggungja­wab dengan telus

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap layanan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kepada penyokong setia pasukan itu ketika pembelian tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, esok.

Malah, Tunku Ismail juga menyaranka­n mana-mana individu berkenaan melepaskan jawatan disandang sekiranya gagal melaksanak­an tanggungja­wab dengan telus.

“Saya amat kecewa dengan sikap dan layanan diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah kepada penyokong setia mereka. Penyokong yang beratur dan datang beri sokongan setiap kali perlawanan di Stadium Darul Aman sebelum ini tidak dapat tiket untuk menyaksika­n perlawanan akhir, esok.

“Tetapi individu yang tiada kena mengena dengan bola sepak yang dapat tiket melalui saluran tertentu. Saya dimaklumka­n hingga 6,000 keping tiket telah ditempah oleh orang tertentu di dalam KFA.

“Saya harap individu seperti ini tidak perlu berada di persatuan bola sepak. Lebih baik berundur dan bagi orang yang layak me- ngutamakan penyokong dan dapat menjaga persatuan dengan tulus,” katanya menerusi JOHOR Southern Tigers.

Sabotaj sesama sendiri

Tunku Ismail bertegas beliau sering mengutamak­an penyokong setia pasukan dan menolak permohonan 1,000 tiket oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebaliknya hanya memberikan 600 keping kepada jemputan khas.

Pada masa sama, Tunku Ismail berharap semua persatuan dan kelab dapat belajar daripada kesilapan lepas kerana bola sepak adalah hak milik penyokong, bukannya individu tertentu.

“Saya juga dimaklumka­n terdapat individu dalam parti politik yang bergaduh dan sabotaj antara satu sama lain berkenaan penjualan tiket perlawanan akhir. Siasatan sedang dilakukan mengenai perkara ini.

“Sekiranya tidak berlaku Alhamdulil­lah, tetapi jika didapati ia benar, bersediala­h berjumpa dengan saya. Di Johor tiada tempat (buat) orang korupsi seperti ini. Bola sepak adalah hak milik rakyat dan bukannya untuk dipolitikk­an.

“Saya berharap semua persatuan dan kelab dapat belajar daripada kesilapan ini kerana penyokong adalah nadi kepada persatuan dan kelab bola sepak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia