Berita Harian

Usah cetus kekecohan: Polis

1,500 anggota serta unit K9 berkawal bagi jamin ketenteram­an aksi final

- Oleh Iskandar Shah Mohamed

Penyokong pasukan Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi amaran supaya tidak membawa masuk bahan larangan pada perlawanan akhir Piala Malaysia, di Sta dium Shah Alam, malam esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ia bagi memastikan kelancaran perlawanan akhir piala berprestij itu bebas insiden tak diingini.

Katanya, selain bahan letupan dan senjata tajam, barangan lain yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium itu termasuk suar, batang besi atau kayu, pemetik api, payung dan botol air minuman.

Pada masa sama, sepanduk dan kain rentang berbaur hasutan, provokasi dan politik juga tidak dibenarkan, manakala hanya 10 gendang boleh digunakan sepanjang perlawanan itu.

Shafien berkata, pihaknya tidak mahu insiden seorang remaja lelaki yang ditahan kerana membaling mercun ketika perlawanan bola sepak Sukan SEA di stadium sama, Ogos lalu, berulang.

“Justeru, kita akan menempatka­n lebih 1,500 pegawai dan anggota polis termasuk pasukan khas, Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Berkuda untuk mengawal keselamata­n secara menyeluruh di kawasan stadium itu.

“Pemeriksaa­n dan tapisan rapi akan turut dijalankan di setiap pintu masuk bagi mengelak penyokong membawa bahan terlarang. Tindakan tegas akan diambil jika mereka didapati melakukan kesalahan itu,” katanya.

Pantau tiket palsu

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat akhir keselamata­n final antara Kedah dan JDT itu di pejabatnya di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Pertanding­an yang juga Ketua Pegawai Operasi Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Mohd Shazli Shaik Mohd dan Ketua Pegawai Operasi Tickethotl­ine, Datuk Zairil Ayu Ibrahim.

Shafien berkata, polis dan FMLLP turut akan memantau kegiatan ‘ulat’ yang mungkin menjual tiket palsu dengan menempatka­n anggota preman di sekitar stadium.

Selain itu, beliau berkata, kirakira 75,000 penyokong keduadua pasukan akan membanjiri lokasi berkenaan dan pintu stadium akan mula dibuka pada jam 4 petang Sabtu ini.

“Bagi penyokong JDT, mereka perlu memasuki pintu A dan B, manakala pintu C dan D untuk penyokong Kedah.

“Kami juga mengharapk­an kerjasama semua penyokong supaya berhemah dan tidak menimbulka­n keadaan huru hara,” katanya.

Sementara itu, Zairil berkata, pihaknya setakat ini belum mengesan kes tiket palsu berikutan tiket asal yang dijual mempunyai ciri keselamata­n khas seperti hologram dan imbasan sinar UV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia