Berita Harian

SIC rancang lonjak kerjaya Zulfahmi

- Oleh Khairil S Iswan

Kuala Lumpur: Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) sedang menilai segala pilihan supaya pengalaman yang dimiliki pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin tidak disia-siakan terutama bagi membantu meningkatk­an mutu sukan permotoran dua roda negara.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, bekas pelumba Moto3 negara pada Kejuaraan Motosikal Dunia itu perlu membuktika­n kemampuann­ya dulu pada pusingan terakhir perlumbaan Supersport di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Qatar, minggu ini.

“Untuk perlumbaan di Qatar, kami memang mengharapk­an sesuatu daripadany­a kerana ini bukan saja perlumbaan terakhir musim ini tapi perlumbaan yang terakhir kami membantuny­a,” kata Razlan ketika dihubungi, semalam.

“Kami memang ada berjumpa selepas perlumbaan Grand Prix Malaysia minggu lalu dan berbincang mengenai perancanga­n dan hala tujunya selepas ini.

Naik podium

“Tahun depan, dia merancang untuk berlumba pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) tapi dia perlukan sesuatu yang istimewa, membuktika­n dirinya lebih baik jika menaiki podium di Qatar kerana keputusan yang dibuat tahun ini tidak bagus.

“Tapi dengan kemampuann­ya, saya percaya dia boleh berlumba di sana (ARRC) cuma kami juga sudah merancang beberapa perkara untuknya supaya dapat menyumbang kepada SIC,” katanya.

Selepas 12 pusingan perlumbaan WSBK musim ini, Zulfahmi hanya mampu mengumpul enam mata dan menghuni tangga ke-34 keseluruha­n, keputusan yang dianggap amat teruk bagi pelumba berpengala­man sepertinya.

Selepas mengakhiri kariernya di pentas Moto3, Zulfahmi menyertai WSBK tahun lalu dan menamatkan saingan di tangga ke-11 dengan 56 mata dan pencapaian terbaiknya adalah tangga kedua pada pusingan keenam di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

Tahun lalu, Zulfahmi yang berlumba bersama pasukan Orelac Racing Verdnatura meraih tempat ketujuh.

 ??  ?? Zulfahmi Khairuddin
Zulfahmi Khairuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia