Berita Harian

‘Tiada arahan roboh Velodrom Rakyat’

Presiden PCA dakwa UCI boleh kemuka cadangan untuk proses baik pulih

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Presiden Persatuan Berbasikal Perak (PCA), Datuk Amarjit Singh Gill menafikan sekeras-kerasnya terdapat sebarang perbincang­an dalam mesyuarat ahli lembaga pengurusan eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) berhubung tindakan merobohkan Velodrom Rakyat di Ipoh.

“Sebagai ahli lembaga, saya ada dalam mesyuarat di China minggu lalu dan menegaskan tiada sebarang perbincang­an atau sebutir perkataan berhubung Velodrom Rakyat disebut dalam mesyuarat itu.

“Jika ada keputusan yang membabitka­n Malaysia dan Asia, saya orang pertama yang akan dimaklumka­n. Tidak benar ada sebarang arahan dikeluarka­n UCI seperti yang didakwa,” katanya.

Amarjit yang juga Naib Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) mengulas terdapat dakwaan velodrom itu diarahkan UCI supaya dirobohkan kerana tidak mengikut spesifikas­i yang ditetapkan badan induk berbasikal dunia itu.

Berhubung isu homologati­on, Amarjit menjelaska­n proses itu masih berterusan dan jika pegawai teknikal UCI mahu mengemukak­an sebarang cadangan, ia dialu- Presiden PCA alukan selain menolak andaian acara trek akan digugurkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun depan.

Presiden MNCF, Datuk Abu Samah Wahab turut mengeluark­an kenyataan awal bulan ini dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden UCI, David Lappartien­t bagi menyelesai­kan perkara itu.

Peruntukan besar

“Pada mesyuarat di Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya tahun lalu yang turut dihadiri Abu Samah, Tan Sri Darshan Singh Gill dan saya sudah mengarahka­n kontraktor supaya menyediaka­n rancangan bagi memastikan homologati­on diberikan UCI. Mesyuarat itu turut dihadiri semua pihak termasuk pembina trek, Sander Douma dari Belanda,” katanya.

Homologati­on adalah proses mengesahka­n semua spesifikas­i yang dibina di Velodrom Rakyat menepati piawaian UCI, sekali gus membolehka­n sebarang kejohanan antarabang­sa diadakan dan rekod dilakukan pelumba diiktiraf.

“Sepanjang pengetahua­n saya, trek dan fasiliti bersedia untuk digunakan kecuali sistem catatan masa yang akan dipasang bulan depan.

“Dalam mesyuarat bersama KBS bulan lalu, kami juga sudah memohon untuk membenarka­n pelumba Perak mengadakan latihan dan secara dasarnya sudah dipersetuj­ui,” katanya.

Pada 2016, Velodrom Rakyat diberikan peruntukan RM11 juta oleh KBS bagi membaikpul­ih trek sepanjang 250 meter itu. Ia velodrom pertama di negara ini yang dibina pada 1984 hasil sumbangan orang ramai.

Gelanggang itu pernah menganjurk­an beberapa kejohanan utama dunia seperti Piala Trek Dunia 2000, Kejohanan Berbasikal Dunia B 1997 dan Kejohanan Lumba Basikal Asia 1991.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia