Berita Harian

ANGKAT KISAH CINTA

Penerbit Perangsang Rentap cuba lari daripada kebiasaan filem sejarah

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Cuba memikat penonton menerusi filem bercorak sejarah, penerbit Perangsang Rentap, Diana Johor, memilih untuk mengangkat kisah cinta berbanding sisi kepahlawan­an mahupun perjuangan seperti tercatat dalam lipatan sejarah.

Justeru, ia dilihat agak berbeza daripada naskhah dalam genre serupa yang pernah menemui khalayak.

Bukanlah tersilap fakta mahupun tersasar daripada kisah sebenar, tetapi pendekatan diambil oleh Diana dan pasukan penerbitan­nya sesuatu yang tampak berlainan dari segi persembaha­n.

Tidak memaparkan kisah pahlawan Sarawak itu sepenuhnya, Diana sebaliknya cuba menyogok penonton dengan cerita cinta.

Katanya, beliau sedar penonton mungkin sukar untuk menerima naskhah yang mengetenga­hkan kisah sejarah secara total, justeru fokus filem terbabit dialihkan sedikit bagi menjelmaka­n kelainan.

Tumpuan bukan pada Rentap

Berlatarka­n kisah yang berlaku sekitar 100 tahun lalu, filem berkenaan begitupun tetap menyaksika­n penampilan watak pahlawan Iban, Rentap.

Cuma tumpuannya bukan kepada karakter berkenaan, biarpun ia masih menyentuh soal kesetiaan dan semangat dimiliki etnik itu, kira-kira seabad lalu.

Sebagai persediaan, syarikat penerbitan­nya, Unique Twins Sdn Bhd, mengambil masa empat tahun untuk membuat kajian mengenai sejarah kepahlawan­an Iban.

Begitupun, kajian tidaklah ditumpukan pada kisah Rentap, tetapi kata Diana, ia dibuat dengan memfokuska­n kepada aspek bahasa, budaya dan kostum masyarakat berkenaan.

“Kami membuat pelbagai kajian sebagai persediaan, termasuk sebahagian­nya mengenai karakter Rentap. Asalnya, banyak draf dihasilkan untuk filem ini, namun akhirnya kita memilih untuk mengangkat kisah percintaan bagi menambat hati penonton. Kita cuba mengelak daripada menyogok penonton dengan cerita sejarah.

“Judul yang kita pilih pun tidak memaparkan kisah mengenai Rentap, tetapi perutusan kepada Rentap. Atas alasan itulah kita menggunaka­n judul Perangsang.

 ??  ??
 ?? [ FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI / BH ] ?? Diana (dua dari kanan) dan Lina (dua dari kiri) bersama pelakon, Ethel (kiri), dan Vincent Mallang pada majlis tayangan perdana filem Perangsang Rentap di Mutiara Damansara.
[ FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI / BH ] Diana (dua dari kanan) dan Lina (dua dari kiri) bersama pelakon, Ethel (kiri), dan Vincent Mallang pada majlis tayangan perdana filem Perangsang Rentap di Mutiara Damansara.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Sekitar penggambar­an filem Perangsang Rentap di Sarawak.
Sekitar penggambar­an filem Perangsang Rentap di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia