Berita Harian

Pendekatan sederhana fahami isu agama

-

Pejarah menyaksika­n generasi awal Islam menerima agama ini dengan sepenuh jiwa dan mendedikas­ikan hidup mereka buat agama yang mulia. Kefasihan bahasa Arab membolehka­n mereka memahami ajaran dan tuntutan agama.

Ajaran Islam disampaika­n ke seluruh dunia dan penganutny­a daripada latar belakang pelbagai, bukan daripada bangsa Arab menyebabka­n sebahagian daripada ajaran Islam difahami secara tidak tepat. Maka, ulama dalam pelbagai bidang bangkit untuk menjernihk­an kembali kefahaman agama.

Angkatan ulama dan majoriti ummah yang mengikuti mereka ini dikenali sebagai Ahli Sunah wal Jamaah. Bagi masyarakat awam, ada yang keliru dalam memahami istilah manhaj

Ahli Sunah wal Jamaah ini.

Sikap berlapang dada

Buku Aku Muslim Sunni membicarak­an mengenai Ahli Sunah wal Jamaah dengan perbahasan yang sederhana bagi memberi kefahaman terhadap persoalan agama khususnya yang telah disepakati dan mengelak penyelewen­gan.

Huraian mengenai Ahli Sunah wal Jamaah itu berasaskan kesederhan­aan dan penulis mengambil sikap sederhana kerana manhaj ini ialah manhaj rahmat yang merangkumi pelbagai peringkat serta aliran. Perbanding­an yang dikemukaka­n dalam buku ini tidak menyalahka­n mana-mana mazhab.

Perbahasan yang sederhana menjadi asas penting kepada kekuatan dan kestabilan ummah. Tanpa sikap berlapang dada, boleh menyebabka­n berlaku perbalahan yang berpanjang­an seterusnya melemahkan umat Islam.

Sewajarnya kita mendapatka­n penjelasan untuk persoalan berkaitan manhaj Ahli Sunah wal Jamaah dan buku Aku Muslim Sunni dapat membantu mencari jawapan serta meleraikan kekeliruan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia