Berita Harian

Maxis lancar telefon pintar NEXT X1

-

Penyedia perkhidmat­an komunikasi dan internet, Maxis Bhd melancarka­n NEXT X1, telefon pintar 4G kedua jenamanya yang ditawarkan bersama data, panggilan dan jaminan 24 bulan.

NEXT X1 yang ditawarkan dengan pelan mudah alih RM98 sebulan itu kini boleh didapati menerusi Maxis Online Store dan Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara bermula semalam.

Siri terbaru itu turut disertakan perlindung­an skrin 12 bulan dan ia adalah kesinambun­gan daripada kejayaan NEXT X1 yang mula dijual di pasaran pada 3 Mac lalu.

Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma, berkata di sebalik kemahuan memiliki telefon pintar rakyat Malaysia terpaksa menanggung harga telefon yang semakin mahal, terutama untuk memiliki dan mengekalka­n telefon pintar yang mewah.

“Maxis tidak hanya menawarkan data dan panggilan tetapi memberi pelanggan satu kelebihan yang hebat pada nilai yang amat baik. Lebih baik lagi, telefon pintar ini dibawakan oleh rangkaian Nombor 1 4G di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Arjun berkata, bagi memaksimum­kan penawaran kepada pelanggan, Maxis melengkapk­an telefon pintar jenamanya itu dengan tawaran pelan 6GB data 4G yang pantas, 50 minit panggilan percuma dan tambahan internet yang menarik pada hanya RM4 1GB.

Telefon pintar 4G dilengkapi dengan skrin paparan FHD 5.5 inci, kamera AF 16MP, dan sensor cap jari.

Sempena dengan pelancaran itu juga, selebriti tempatan Scha Alyahya dilantik sebagai duta jenama NEXT yang akan membintang­i semua iklan cetak dan TV NEXT X1, termasuk ‘trailer filem’ khas untuk telefon.

 ?? [ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD/BH ] ?? Ketua Peranti Pemasaran Maxis, Chan Peng Li (kiri), Scha dan Arjun pada pelancaran telefon pintar 4G NEXT X1 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD/BH ] Ketua Peranti Pemasaran Maxis, Chan Peng Li (kiri), Scha dan Arjun pada pelancaran telefon pintar 4G NEXT X1 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia