Berita Harian

Bajet 2018 jana projek pembinaan RM350 bilion

Pelbagai inisiatif dilaksanak­an kerajaan pacu pertumbuha­n sektor: MBAM

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Persatuank­ontraktorb­inaan Malaysia (MBAM) menjangkak­an sektor pembinaan di Malaysia mampu menjana nilai projek sehingga RM350 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang.

Presiden MBAM, Foo Chek Lee, berkata pelbagai inisiatif yang dilaksanak­an kerajaan ketika ini mampu memacu pertumbuha­n sektor pembinaan, terutama menerusi projek pembanguna­n infrastruk­tur serta perumahan.

“Pembentang­an Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini juga memberi kesan sangat positif kepada pertumbuha­n sektor pembinaan negara.

“Peruntukan yang disediakan bagi sektor perumahan, infrastruk­tur dan pengangkut­an umpamanya turut menyokong kepada pelaksanaa­n lebih banyak projek pembinaan pada masa depan.

Naik taraf pendekatan

“Malah pada tahun ini, sektor pembinaan tempatan sudah merekodkan kira-kira RM138 bilion nilai projek,” katanya pada Persidanga­n Pembanguna­n dan Pembinaan MBAM, di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali.

Chek Lee berkata, menerusi semua projek yang sedang dan akan dilaksanak­an, industri pembinaan Malaysia perlu berusaha untuk terus maju ke hadapan dan berkembang.

“Ini adalah masa yang tepat untuk industri menaik taraf pendekatan pembinaan serta beralih daripada pendekatan tradisi kepada amalan lebih moden menerusi penggunaan teknologi baharu untuk kekal relevan, produktif dan berdaya saing,” katanya.

Persidanga­n tiga hari bermula hari ini dengan kerjasama MBAM dan CIDB itu bertemakan ‘Kerjasama Teknologi Ke Hadapan dengan Pihak Berkepenti­ngan’.

 ??  ??
 ??  ?? Chek Lee (tiga dari kiri) memerhatik­an Ahmad Tajuddin memotong riben Pembinaan MBAM, di Kuala Lumpur, semalam.
Chek Lee (tiga dari kiri) memerhatik­an Ahmad Tajuddin memotong riben Pembinaan MBAM, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia