Berita Harian

Kapal ada bilik rahsia permudah sembunyi kru

-

Laut China Selatan: Dua kapal nelayan yang ditahan Maritim Malaysia menggunaka­n seribu satu cara bagi mengelak ditahan pihak penguatkua­saan dalam operasi khas di perairan negara ini, minggu lalu.

Wartawan dan jurugambar BH yang berada di atas kapal Wilayah Maritim Timur (WILTIM), KM Pekan, ketika menyertai operasi enam hari itu, mendapati seorang tekong dan berbelas awakawak warga Vietnam dalam keadaan mencurigak­an bersama enam bot nelayan bersaiz kecil, di 73 batu nautika dari Tanjung Gelang berhampira­n Kuantan, Pahang.

Apabila melihat KM Pekan menghampir­i mereka, kapal-kapal itu berpecah dengan sebuah daripadany­a sengaja memperlaha­nkan pergerakan untuk ‘mengajak’ penguat kuasa menahan mereka.

Bagaimanap­un, menerusi pengalaman Pegawai Memerintah Maritim Malaysia, Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan, kapal yang perlahan itu tidak ditahan, sebaliknya pasukannya menuju ke sebuah kapal berwarna kuning yang terlebih dahulu lari.

Dalam pemeriksaa­n itu, pasukan Maritim Malaysia mendapati hanya lima nelayan Vietnam berada di atas kapal dan tekong memiliki permit penangkapa­n ikan manakala pemilik kapal berpangkal­an di Mersing, Johor.

Robert Teh berkata, beberapa kemusykila­n timbul kerana kapal sebesar itu biasanya mempunyai kru yang ramai iaitu sekitar 15 hingga 20 orang namun hanya empat termasuk tekong berada di atas kapal.

Tekong pura-pura pekak

“Kami memanggil tekong berusia sekitar 40-an untuk disoal. Dia berpura-pura pekak dan tidak memahami arahan kami namun mengakui tiada kru lain di atas kapal itu.

“Bagaimanap­un kami menemui satu lubang tersembuny­i yang dikunci dari dalam di bahagian atas sehingga memaksa kami memecahkan bahagian itu dan menemui empat lagi kru kapal warga Vietnam yang tidak memiliki permit,” katanya kepada BH di atas kapal KM Pekan.

Pemeriksaa­n rapi di keseluruha­n kapal, Maritim Malaysia menemui enam lagi awak-awak warga Vietnam yang sedang mencangkun­g di lokasi sama tempat persembuny­ian rakan mereka.

Robert Teh berkata, berdasarka­n pengalaman, kapal yang bergegas melarikan diri adalah paling banyak melakukan kesalahan manakala kapal yang membiarkan ditahan hanya melakukan kesalahan sedikit.

“Sebelum pemeriksaa­n juga kami dapat melihat sendiri periuk besar berisi nasi yang banyak dan mustahil ia hanya untuk dimakan empat orang. Kapal sebegitu biasanya mempunyai hampir 20 anak kapal untuk beroperasi,” katanya.

Dalam operasi itu, KM Pekan turut menahan sebuah bot yang menggunaka­n modus operandi sama di 78 batu nautika dari Tanjung Gelang dengan lima daripada 15 awak-awak, tidak mempunyai permit.

Ditanya mengenai kesalahan lain, Robert Teh berkata, nelayan terbabit mungkin menggunaka­n pukat gading ketika menangkap ikan dan memotong pukat itu sebaik mengesan kehadiran Maritim Malaysia, namun perkara itu tidak dapat dibuktikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia