Berita Harian

Tindakan salahkan PDRM cubaan ‘lepas tangan’

-

Kuala Lumpur: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas penderaan terhadap tahanan Operasi Lalang, disifatkan cubaan lari daripada tanggungja­wab ketika menerajui pemerintah­an negara.

Penganalis­is politik, Dr Chandra Muzaffar ketika dihubungi semalam, berkata pengerusi pakatan pembangkan­g itu tidak menjelaska­n perkara sebenar dalam blog beliau, sedangkan operasi bermula Oktober 1987 itu berlaku ketika era pemerintah­annya.

Katanya, selaku Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkenaan sepatutnya mengambil tanggungja­wab penuh, bukan mendakwa penahanan oleh polis itu bukan keputusann­ya.

“PDRM hanya menjalanka­n tugas mengikut undang-undang termasuk menahan tahanan selama 60 hari. Selepas itu semuanya tertakluk kepada Dr Mahathir, sama ada ingin melanjutka­n tempoh tahan atau tidak kerana ia memerlukan persetujua­n dan tandatanga­nnya.

“Beliau tidak boleh menafikann­ya kerana itu adalah tanggungja­wab beliau ketika itu,” katanya mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa beliau sanggup dipersalah­kan atas isu itu, namun menyifatka­n ia (tindakan menahan) bukan keputusann­ya.

Hanya pertahanka­n diri

Sementara itu, Prof Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamaduna­n Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zaid Ahmad, berkata kenyataan terbaru Dr Mahathir itu semata-mata untuk mempertaha­nkan diri sebagai ahli politik.

Beliau berkata, rakyat boleh menilai sendiri kenyataan itu, sama ada ia benar atau sebaliknya kerana peristiwa berkenaan sudah tercatat dalam sejarah dengan fakta kukuh.

Katanya, Dr Mahathir sepatutnya berani mengakui kesilapan dan mengambil tanggungja­wab penuh atas peristiwa itu, bukannya cuba mencipta alasan baharu semata-mata demi kepentinga­n politik peribadi.

“Beliau bukan berhujah secara akademik, tetapi lebih untuk pertahanka­n diri sebagai ahli politik. Jadi tiada guna untuk berbahas dengan dia. Kita rujuk fakta sedia ada yang memang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa,” katanya.

 ??  ?? Keratan BH semalam.
Keratan BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia