Berita Harian

AKTA TETAPKAN KADAR FAEDAH JUALAN KREDIT

Penurunan caj syarikat jualan kredit diharap bantu rakyat miliki barang kegunaan

-

Berkuat kuasa 1 Januari 2018 syarikat hanya boleh caj pelanggan maksimum 15 peratus berbanding sehingga 35 peratus sekarang

Laporan Rohaniza Idris, Mohd Azrone Sarabatin dan Ahmad Suhael Adnan

Bermula 1 Januari depan, syarikat jualan kredit hanya boleh mengenakan kadar faedah maksimum sebanyak 15 peratus setahun.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pelaksanaa­n kadar faedah tetap itu dibuat menerusi pindaan Akta Perlindung­an Pengguna 1999 dan penggubala­n Peraturan-peraturan Perlindung­an Pengguna (Jualan Kredit) 2017, yang diluluskan Dewan Negara, April lalu.

“Berdasarka­n konsultasi bersama pihak industri, kami dapati kadar faedah dikenakan ketika ini boleh mencecah sehing- ga 35 peratus setahun.

“Melalui pindaan akta dan peraturan ini, kerajaan menetapkan kadar faedah tetap maksimum sebanyak 15 peratus setahun.

Bantu golongan kurang berkemampu­an

“Penurunan ini diharap dapat membantu rakyat, terutamany­a mereka yang kurang berkemampu­an untuk memiliki barangan untuk kegunaan diri sendiri, keluarga dan isi rumah,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-GErik) yang bertanya pendekatan penguatkua­saan dilaksanak­an Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepengguna­an (KPDNKK) bagi menangani kadar faedah tinggi dikenakan syarikat jualan kredit.

Hamzah berkata, pertubuhan perbadanan yang ingkar dengan penetapan kadar faedah itu, boleh didenda tidak lebih RM100,000 dan bagi kesalahan kedua, denda tidak lebih RM200,000.

“Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak lebih RM50,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua, denda tidak lebih RM100,000, penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Hasbullah mengenai kadar caj bayaran lewat yang tinggi, Hamzah berkata, pindaan akta dan peraturan itu menetapkan caj itu tidak boleh melebihi lima peratus setahun.

“Bermakna jika bayaran lewat, lima peratus dibahagika­n kepada 360 hari dan darab dengan tempoh kelewatan bayaran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia