Berita Harian

Tetapkan iman ketika hadapi kesempitan hidup

-

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang suatu zaman, di mana orang yang beriman tidak dapat menyelamat­kan imannya kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak satu gunung ke puncak gunung yang lain dan dari satu gua ke gua yang lain. Apabila zaman itu tiba, maka segala mata pencarian (pendapatan hidup) tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanak­an sesuatu yang menyebabka­n kemurkaan Allah SWT. Apabila hal ini terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah disebabkan dia mengikut kehendak isteri dan anaknya. Jika dia tidak memiliki isteri dan anak, maka kebinasaan­nya kerana mengikut kehendak kedua-dua orang tuanya. Jika kedua-dua orang tuanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaan­nya disebabkan dia mengikut kehendak keluargany­a atau mengikut kehendak tetanggany­a. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu (kebinasaan seseorang kerana mengikut kehendak isteri atau anaknya atau orang tuanya atau keluargany­a atau tetanggany­a)? Lalu Nabi SAW menjawab: Mereka akan menghinany­a dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika itu, dia terpaksa menceburka­n dirinya ke dalam jurang kebinasaan yang akan menghancur­kan dirinya sendiri.” (Riwayat Baihaqi)

Desakan orang lain

Benar sekali sabda Rasulullah SAW kerana ramai yang mengetahui perkara diharamkan oleh agama. Namun, kerana mengikut kemahuan isteri, anak, orang tua atau keluarga, dia sanggup melakukan perkara bersalahan dengan kehendak agama.

Ada kala hati tidak rela tetapi desakan pihak lain dan keinginan memenuhi kehendak insan tersayang, yang salah dijadikan benar. Justeru, tetapkan iman supaya tidak tergolong dalam kumpulan yang menjerumus­kan diri dalam kebinasaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia