Berita Harian

Adiwira Ku filem terbaik

-

Tanpa membariska­n bintang komersial, Adiwira Ku diangkat sebagai Filem Terbaik pada FFM29.

Karya terbitan Sol Pictures Sdn Bhd itu bukan hanya merangkul trofi utama FFM29, malah turut membawa pulang dua anugerah lain.

Bersaing dengan empat filem hebat iaitu

dan karya arahan Eric Ong yang mengangkat kisah kekentalan jiwa seorang guru Bahasa Inggeris itu menyaksika­n pelakon utamanya, Sangeeta Krishnasam­y, dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Adiwira Ku juga membawa pulang trofi Cerita Asal Terbaik yang dimenangi penerbit eksekutifn­ya, Jason Chong.

Trofi disampaika­n Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang turut merasmikan malam kemuncak festival terbabit yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, malam kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib; dan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob.

Trofi Pengarah

Terbaik pula menjadi milik Dain Said untuk filem Interchang­e.

Seperti dijangka, lakonan hebat Namron dalam filem Redha melayakkan­nya diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Sebelum ini, bintang berpengala­man berkenaan muncul Pelakon Lelaki Terbaik kategori filem pada Anugerah Skrin 2016, menerusi filem sama.

Shaheizy Sam yang menunjukka­n lakonan cemerlang dalam Interchang­e dipilih juri sebagai penerima trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, manakala Diana Danielle daripada filem Hanyut diumum sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

John Tan, June Lojong diiktiraf

Trofi Pelakon Lelaki dan Wanita Harapan pula menjadi milik John Tan melalui filem

dan isteri Namron, June Lojong (Redha).

Lakonan pelakon cilik, Harith Haziq, yang meninggalk­an kesan dalam filem berkisar pada dunia kanak-kanak autistik,

Redha, melayakkan­nya diangkat sebagai Pelakon Kanak-kanak Terbaik. Sutradaran­ya, Tunku

Mona Riza, dipilih sebagai Pengarah Harapan.

FFM29 turut mengiktira­f tiga filem, iaitu Desolasi, Shuttle Life dan Pekak untuk Anugerah Khas Juri.

Penghormat­an turut diberikan kepada pengarah dan produser tersohor, Datuk Yusof Haslam, yang menerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman.

Mengangkat tema Transforma­si Citra Karya, FFM29 menyaksika­n 53 filem bertanding merebut 24 anugerah pada malam kemuncak yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Astro Ria HD.

Ia menyaksika­n artis serba boleh, Zizan Razak, bertindak sebagai hos utama, berganding­an dengan Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Thanuja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia