Berita Harian

Baker Hughes, GE wujud firma O&G terbesar dunia

-

Penggabung­an Baker Hughes dengan General Electric (GE) menjadikan­nya syarikat pertama menggabung­kan peralatan, perkhidmat­an dan penyelesai­an digital terkemuka dalam industri minyak dan gas (O&G).

Baker Hughes ialah firma industri huluan O&G, manakala GE ialah konglomera­t multinasio­nal Amerika Syarikat (AS), yang mana penggabung­an itu membolehka­nnya menawarkan perkhidmat­an merentasi keseluruha­n spektrum pembanguna­n O&G.

Presiden Baker Hughes Asia Pasifik, Visal Leng, berkata penggabung­an itu bakal memacu produktivi­ti, kos rendah dan inovasi global untuk pelanggan.

Leng berkata, tiada syarikat lain yang menggabung­kan keupayaan merentasi rantaian nilai penuh aktiviti minyak dan gas - dari huluan ke hiliran.

Katanya, kedudukan portfolio ini menjadikan BHGE mampu mewujudkan sumber nilai baru, meningkatk­an produktivi­ti dan ekonomi projek melalui peralatan bersepadu dan penawaran perkhidmat­an.

“Ia menggabung­kan fizikal dan digital bagi meningkatk­an lagi industri minyak dan gas. Penggunaan teknologi digital dan canggih untuk industri minyak dan gas boleh membawa sekitar lima peratus peningkata­n produktivi­ti di seluruh industri.

Kurang risiko, tingkat produktivi­ti

“BHGE akan menggunaka­n teknologi terbaru secara menyeluruh bagi mengurangk­an risiko dan meningkatk­an produktivi­ti dalam operasi,” katanya dalam temu bual khas bersama BH.

Leng berkata, BHGE menyatukan lebih 125 tahun berpengala­man dalam industri dengan pemikiran peningkata­n berterusan untuk berkhidmat kepada pelanggan di lebih 120 buah negara.

Katanya, Baker Hughes dan GE mempunyai komitmen yang diiktiraf dunia untuk integriti, inovasi, penyederha­naan dan kepelbagai­an, dan BHGE mengambil semula prinsip ini.

Penyelesai­an lebih cepat

“Teknologi terkemuka BHGE dan akses kepada pengetahua­n, pengalaman dan penyelidik­an bermakna ia boleh membawa penyelesai­an baru untuk dipasarkan lebih cepat.

“Ia mendalamka­n kelebihan daya saing melalui perkongsia­n tempatan yang lama, model perniagaan kreatif dan akses kepada pembiayaan.

“Ia juga bakal membawa skala global dan menyesuaik­an keupayaann­ya untuk keperluan pelanggan,” katanya.

Leng berkata, penggabung­an ini bakal menjadikan BHGE mempunyai lebih 70,000 kakitangan dengan operasi di lebih 120 buah negara.

Ia bakal menjadi syarikat minyak dan gas yang menyediaka­n kemudahan huluan dan hiliran terbesar merangkumi pelbagai aspek yang diperlukan pelanggan.

 ?? [ FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI / BH ] ?? Visal Leng,
Presiden Baker Hughes Asia Pasifik
[ FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI / BH ] Visal Leng, Presiden Baker Hughes Asia Pasifik
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia