Berita Harian

Rasional beli pesawat komersial baharu

-

Ketika berada di Jeddah, penulis berkesempa­tan menonton dokumentar­i khas mengenai Perang Arab-israel pada 1973.

Dokumentar­i itu menceritak­an bagaimana Presiden Syria, Hafez Al-assad dan beberapa pegawai tentera beliau terpaksa menggunaka­n pesawat penerbanga­n awam Syria dan Russia untuk ke Mesir bagi mengelak dikesan Israel sebelum serangan mengejut dilakukan Syria dan Mesir.

Di rantau yang sama pada 1990 apabila tercetus Perang Teluk pertama akibat penceroboh­an Tentera Iraq di Kuwait, Kerajaan India terpaksa membawa 117,000 warganya keluar dari Kuwait menggunaka­n syarikat penerbanga­n kebanggaan negara itu, Air India. Dua sebab utama mengapa pesawat penerbanga­n awam digunakan adalah kerana pesawat tentera tidak mampu untuk mengangkut jumlah rakyat India yang ramai di Kuwait.

Perlu kebenaran khas

Sebab kedua, pesawat komersial lebih mudah menggunaka­n ruang udara rantau yang sedang bergolak berbanding pesawat tentera yang sering diragui kehadirann­ya serta berkemungk­inan besar akan ditembak. Pesawat tentera juga memerlukan kebenaran khas yang memakan masa panjang membabitka­n pelbagai agensi kerajaan untuk memasuki/melalui ruang udara sesebuah negara asing.

Sebuah portal antarabang­sa yang memantau isu penerbanga­n juga pernah melaporkan bagaimana Kerajaan China menggunaka­n pesawat komersial Boeing 737, sama seperti yang bakal dibeli oleh Malaysia Airlines untuk kegunaan ketenteraa­n.

Malaysia, Indonesia dan Filipina yang mempunyai wilayah dipisahkan laut sememangny­a memerlukan banyak pesawat pengangkut apabila darurat atau bencana berlaku. Namun tentera udara sesebuah negara tidak semestinya perlu membeli pesawat pengangkut yang banyak disebabkan kos tinggi dan keperluan semasa aman yang terhad, selain terpaksa mengoperas­ikan jet pejuang.

Bagi Malaysia, kebanyakan bandar utamanya seperti Sandakan, Sibu dan Kuala Terengganu dilengkapi lapangan terbang yang boleh mendaratka­n pesawat berenjin jet bersaiz sederhana seperti B737. Di Kuala Terengganu misalnya, lokasi strategik Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang terletak berdekatan Kem Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (Pga)-polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu, membolehka­n anggota ketiga-tiga entiti diangkut ke mana-mana sahaja lokasi menggunaka­n pesawat udara sekiranya diperlukan. Tidak semestinya kapal terbang milik kerajaan.

Apa yang berlaku di Kuwait pada 1990 terhadap rakyat India boleh berlaku kepada rakyat Malaysia yang berada di seberang laut. Kapal terbang komersial mahupun pesawat tentera perlu dioperasik­an dalam keadaan cuaca yang berbeza serta boleh terbang dalam jangka masa lama jika lokasi itu berada jauh dari tanah air. Oleh itu pesawat baharu diperlukan berbanding pesawat lama yang terdedah kepada masalah teknikal dan risiko nahas. Maka apakah pembelian pesawat baharu oleh MAS merugikan negara sekiranya kecemasan berlaku?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia