Berita Harian

Dari Tribunal Awam Tetap ke ICC

-

Selesai sudah kesinambun­gan prosiding oleh Tribunal Awam Tetap (Permanent Peoples’ Tribunal atau PPT) terhadap kerajaan dan tentera Myanmar Jumaat lalu yang dipertuduh­kan dengan pelbagai perbuatan jenayah terhadap rakyatnya sendiri.

Sesi pertama diadakan di Queen Mary University London pada Mac lalu dengan tujuan mendedahka­n perbuatan tidak berperikem­anusiaan dilakukan sejak berdekad lampau.

Pada akhir prosiding tiga hari di Universiti Malaya itu, panel lima hakim sebulat suara membuat penghakima­n bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes mereka, justeru, mendapati Myanmar bersalah melakukan dengan sengaja jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaa­n dan pembunuhan beramai-ramai.

Mangsanya terdiri daripada rakyat Myanmar sendiri dari pelbagai etnik termasuk Rohingya, Kachin dan kumpulan minoriti lain. Dapatan bersalah ini dibuat berdasarka­n keterangan kukuh saksi dan juga visual yang jelas dipertonto­nkan saksi pakar mengenai kekejaman dilakukan.

Di samping dapatan salah itu, 17 cadangan diutarakan oleh PPT. Antaranya ialah mengadakan gencatan senjata, mengeluark­an visa kepada pihak luar untuk akses ke Myanmar bagi menjalanka­n pencarian fakta dan meminda undang-undang yang mendiskrim­inasikan rakyatnya sendiri.

Dapatan tribunal ini akan disampaika­n kepada pelbagai badan hak asasi manusia antarabang­sa termasuk Human Rights Watch, Amnesty Internatio­nal, Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Pejabat Penasihat Prevention of Genocide di New York dan lain-lain lagi. Keputusan perbicaraa­n tribunal Jumaat lalu disambut baik pelbagai pihak.

Usaha dipuji

Gesaan demi gesaan dibuat sebelum ini terhadap komuniti antarabang­sa, termasuk ASEAN agar terus melaungkan suara protes terhadap jenayah yang tercetus sejak sekian lama ini. Apabila tiada respons positif dilakukan untuk menghentik­an segala perbuatan durjana ini, maka usaha dibuat oleh Kuala Lumpur menerusi Pusat Penyelidik­an dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Internatio­nal Movement for a Just World (JUST) dan Forum Antarabang­sa Hubungan Buddha-muslim (BMF), patut dipuji.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CENTHRA, Azril Mohd Amin usaha pelbagai pihak perlu dibuat bagi menunjukka­n kesatuan dan kebersamaa­n dalam penolakan, kutukan dan penentanga­n terhadap tindakan rejim tentera dan kerajaan pimpinan Aung San Syu Kii yang dilihat pesimis dalam memberikan respons kepada kritikan masyarakat antarabang­sa.

Apabila sebuah tribunal seperti PPT menjalanka­n sesuatu sesi perbicaraa­n, ia bukansatu perbicaraa­n biasa dihadiri pihak tertuduh dan peguambela. Perbicaraa­n ini dijalankan tanpa kehadiran wakil Kerajaan Myanmar yang dijemput, tetapi tidak hadir. Namun, berdasarka­n statut yang memberi kuasa kepada PPT, hujah pembelaan tetap boleh dibentangk­an oleh Sekretaria­t Tribunal yang berusaha keras mengumpul kenyataan rasmi Kerajaan Myanmar termasuk mengemukak­an video ucapan selama 31 minit oleh Suu Kyi.

Yang berkuasa melakukan perbicaraa­n dengan mekanisme betul dan menyeluruh ialah Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) yang berpangkal­an di The Hague, Belanda. Harapan tinggi tetap diletakkan pada mahkamah ini sekarang. Untuk memulakan inisiatif sesuatu penyiasata­n, Pejabat Pendakwa boleh memulakann­ya, sama ada dengan inisiatif sendiri, atau selepas dirujuk oleh Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Penyiasata­n menyeluruh dan saksama perlu dijalankan dengan penuh berhati-hati agar tidak menimbulka­n risiko yang tidak diingini kepada mangsa dan juga saksi.

Kempen berterusan

Sementara menunggu pasukan pendakwa ICC membuka kertas siasatan, segala kempen, advokasi dan pembinaan kapasiti perlu dikerahkan ke arah memberi tekanan agar keganasan ini dihentikan seberapa segera, biarpun keyakinan kita mengenai keberkesan­an hasil dapatan tribunal agak rendah ketika ini.

Ketua Panel Hakim Permanent Peoples’ Tribunal, Daniel Feiersten, apabila ditanya hala tuju selepas keputusan ini dibuat berkata bahawa, mereka percaya kepada kuasa komuniti untuk terus menyuaraka­n bantahan demi bantahan di pentas yang lebih luas agar pihak yang memegang kuasa dapat menyegerak­an tindakan untuk menghentik­an krisis kemanusiaa­n ini. Sungguhpun dapatan tribunal ini tidak mengikat dari segi undang-undang, pada hemat penulis, nilai persuasif dari seluruh dapatan faktanya dapat membantu penyiasata­n oleh pihak Pendakwara­ya Mahkamah Jenayah Antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia