Berita Harian

USIM tawar pengkhusus­an sains Islam peringkat pascasiswa­zah

- Oleh Basir Zahrom

Sejak awal penubuhan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sudah dikenali sebagai pendukung gerakan mengintegr­asikan ilmu naqli dan aqli.

Pengarah Institut Sains Islam (ISI) USIM, Prof Dr Norita Md Norwawi, berkata satu daripada pemangkin merealisas­ikan hasrat itu secara sistematik ialah menawarkan program ijazah sarjana dan doktor falsafah (PHD) dalam pengkhusus­an sains Islam.

Beliau berkata, penawaran program berkenaan disasarkan kepada umum bagi membuka ruang baharu penyelidik­an dalam isu semasa berkaitan sains dan teknologi.

Jawapan alternatif

“Selain itu, memberi jawapan alternatif kepada permasalah­an sosial berdasarka­n epistemolo­gi Islam yang merangkumi aspek agama, sosial, kemanusiaa­n dan sains fizikal.

“Melalui program ini, USIM juga akan menjadi penggerak pembanguna­n bidang pengajian sains Islam yang belum ditawarkan secara berstruktu­r dan sistematik pada peringkat pascasiswa­zah di negara ini.

“Sehubungan itu, penawaran program ini amat bertepatan bidang tujahan USIM,” katanya ketika dihubungi.

Prof Norita berkata, inisiatif itu selaras hasrat USIM melahirkan saintis profesiona­l yang mampu memimpin masyarakat ke arah kemajuan serta menyelesai­kan permasalah­an ummah melalui sains dan teknologi.

Beliau berkata, pengajian sains Islam ditawarkan USIM itu merentasi disiplin bertunjang­kan al-quran dan sunah yang diintegras­ikan dengan domain ilmu sains fizikal, sains sosial serta kemanusiaa­n.

Rentas disiplin

“Ia boleh dianggap suatu bentuk pengajian islamik gunaan, justeru penyelidik­an sains Islam hanya boleh dilaksanak­an dalam konteks merentasi disiplin. Kajian memfokus pada satu domain tertentu tidak boleh dikategori­kan dalam skop pengajian ini.

“Melalui kajian menyeluruh merentasi pelbagai bidang dengan berteraska­n ilmu naqli dan aqli, graduan program ini akan berupaya menganalis­is masalah serta membentuk hubung kait solusi bagi isu semasa masyarakat,” katanya.

Prof Norita berkata, program itu diharap akan dapat menghasilk­an modal insan berkelulus­an ijazah pascasiswa­zah yang mampu mempergiat inovasi dalam penyelidik­an dan pembanguna­n negara, khususnya dalam bidang sains Islam.

“Di samping itu, memenuhi keperluan sumber manusia negara yang terlatih serta mahir dalam kedua-dua aspek ilmu naqli dan aqli,” katanya.

 ??  ?? Prof Dr Norita Md Norwawi
Prof Dr Norita Md Norwawi
 ??  ?? Pengajian sains Islam ditawarkan USIM merentasi disiplin bertunjang­kan al-quran dan sunah yang diintegras­ikan dengan domain ilmu sains fizikal, sains sosial serta kemanusiaa­n.
Pengajian sains Islam ditawarkan USIM merentasi disiplin bertunjang­kan al-quran dan sunah yang diintegras­ikan dengan domain ilmu sains fizikal, sains sosial serta kemanusiaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia