Berita Harian

SEDAR DIRI

-

Khai Bahar enggan hanyut dalam kemasyhura­n

Kehadiran anak muda ini di persada seni bagai tidak dijangka. Selepas viral di laman sosial, nama Khai Bahar melonjak hingga dirinya bersaing di pentas berprestij seperti Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 lantas membolot dua trofi.

Dianggap masih terlalu ‘hijau’ dengan banyak lagi perlu dicerna demi mengukuhka­n nama,

Khai bagaimanap­un mahu mengikut resam padi biarpun diulit kemasyhura­n.

Masih seperti dulu, Khai tidak pernah menjadikan pencapaian diraih sebagai alasan bersikap sombong. Ini kerana baginya, kejayaan diperoleh adalah atas sokongan peminat.

“Pencapaian hari ini adalah atas sumbangan peminat. Kalau peminat tak mengundi, Khai tak merasa pegang trofi anugerah. Orang menganggap Khai sudah berubah daripada segi percakapan dan sikap, sedangkan karakter saya masih sama,” katanya kepada HIP.

Idam jadi pelakon

Hakikatnya, Khai tak pernah meletakkan harapan apabila dicalonkan dalam manamana majlis anugerah. Ini kerana anak muda ini menganggap dirinya masih baharu dan banyak yang perlu dipelajari.

Bagi Khai, dicalonkan hingga peringkat lima terbaik sudah cukup disyukuri.

Namun, melangkahk­an kaki ke bidang seni suara tidak cukup untuk membuatkan dirinya berasa puas. Ini kerana minatnya bukan sekadar dalam bidang nyanyian.

Mahu menjadi pelakon, dek kerana kesibukan sebagai penyanyi, ia membataska­n hasratnya untuk terjun ke bidang lakonan. Sehubungan itu, banyak tawaran terpaksa ditolak dengan berat hati.

“Khai bukan tolak, tetapi, lebih kepada melihat masa yang ada. Menyanyi pun sibuk, apatah lagi berlakon. Pasti Khai bertambah sibuk sehingga tidak ada masa untuk diri sendiri. Penyanyi

“Jadi, lebih baik Khai fokuskan kepada satu bidang dulu bagi mengukuhka­n bakat dalam seni suara. Apabila Khai rasa ada masa dan nak berlakon, Khai akan terima tawaran yang datang,” katanya.

Bukan saja dikenali di Malaysia, bakat Khai mendapat perhatian peminat di Indonesia selepas muncul dengan lagu saduran berjudul Ku Takkan Bersuara sehingga tertubuhny­a Khai Bahar Fan Club (KBFC) Indonesia yang berpusat di Jakarta.

Bukan kisah cinta

Selepas berjaya dengan single Bayang, Khai yang ditemui di majlis pelancaran minyak wangi Bayang by Khai Bahar Limited Edition di ibu negara, barubaru ini memberitah­u, dia muncul dengan single ketiga berjudul Luluh.

“Single ketiga ini ciptaan sendiri yang dihasilkan sejak dua tahun lalu. Bukan kisah percintaan, sebaliknya, lebih kepada perkara umum atau subjektif.

“Khai mahu mencuba sesuatu yang berbeza. Dengan terhasilny­a

 ??  ??
 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia