Berita Harian

Revolusi kepintaran buatan teroka industri kesihatan

-

Pernahkah kita terfikir rawatan kita pada masa depan hanya doktor maya yang dibangunka­n dengan program automasi serta berkeupaya­an mengenal pasti hampir semua jenis penyakit dan rawatan dengan tepat.

Perkembang­an kepintaran buatan (AI) yang pantas kini meneroka industri kesihatan diterajui beberapa gergasi teknologi dan syarikat pemula yang mula membangunk­an aplikasi pada diagnosis penyakit serta keadaan pesakit.

Antaranya Apple Watch membantu penyelidik mengesan strok pada degupan jantung tidak normal pada ketepatan 97 peratus, penyelidik Harvard membangunk­an AI yang boleh mengenal pasti masalah mental, dan penyelidik di University of Nottingham membangunk­an algoritma menjangkak­an serangan sakit jantung.

Teknologi kini memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan susulan pelaburan besar daripada syarikat di Silicon Valley dan data besar yang dijana peranti mudah alih pengguna.

“Saya rasa kemuncakny­a apabila Apple melancarka­n Kit Penyelidik­an,” kata Penganalis­is Penyelidik Forrester, Kate Mccarthy, yang merujuk kepada program untuk pengguna Apple membenarka­n data aktiviti mereka digunakan untuk tujuan penyelidik­an perubatan.

Kemajuan kepintaran buatan

Mccarthy berkata, kemajuan kepintaran buatan membuka kepada kemungkina­n penerapan ‘perubatan peribadi’ dalam genetik individu.

“Kita kini dalam dunia di mana orang awam boleh memberikan data klinikal pada kecekapan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” katanya, dalam laporan AFP di Silicon Valley, baru-baru ini.

Tidak dinafikan, AI kini dikenali dalam bidang teknologi popular seperti pemanduan automasi atau kepintaran mengatasi pakar dalam permainan tradisiona­l Go.

Profesor University Langone School of Medicine, Narges Razavian, berkata AI kini terbukti dapat digunakan dalam data sedia ada seperti perakam tahap kesihatan elektronik, pengujian makmal.

Beliau kini terbabit dengan penyelidik­an analitikal bagi lebih 100 keadaan perubatan.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Apple Watch membantu penyelidik mengesan strok pada degupan jantung tidak normal.
[ FOTO HIASAN ] Apple Watch membantu penyelidik mengesan strok pada degupan jantung tidak normal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia