Berita Harian

Abou Bakr legakan Kelantan

Jaringkan dua gol ketika TRW benam Kedah

- Oleh Hasbullah Ibrahim

Kelantan menang bergaya selepas membenam Kedah 3-1 pada aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi.

Walaupun kehadiran penyokong semakin kurang, Kelantan tetap bersemanga­t mencipta gerakan memburu gol seawal babak permainan pada minit ke-2 dan ke-5 menerusi pemain importnya, Abou Bakr Al Mel, namun percubaann­ya tersasar.

Kedah membalas gerakan melalui percubaan pada minit ke-2 dan ke-9 oleh Ken Ilso Larsen yang berganding­an dengan Sandro De Silva, namun penjaga gol Kelantan, Mohamad Ramadhan lebih bersedia menangkap kemas percubaan itu.

Abou Bakr hampir menghasilk­an gol pembukaan untuk Kelantan melalui percubaan pada minit ke-25 dan ke-28, namun sedikit melepasi palang gol pelawat.

Pada minit-minit akhir permainan separuh masa pertama, kedua- dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menghasilk­an sebarang gol.

Terus mengasak

Bersambung babak kedua, Kedah semakin bersemanga­t mengasak kubu tuan rumah dengan dua percubaan daripada Baddrol Bakhtiar pada minit-48 dan tiga minit kemudian, namun ditangkap kemas Ramadhan.

Kelantan membuat kejutan dengan gol pembukaan pada minit ke-54 melalui pemain import dari Gambia, Margaro Lima Gomis yang berjaya membuat sepakan deras memecah kubu Kedah dan menewaskan penjaga gol, Farhan Abu Bakar.

Abou Bakr menambah gol kedua untuk Kelantan melalui sepakan deras pada minit ke-65.

Gawang Kedah dua kali hampir dibolosi hasil sepakan percuma oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-70 dan ke74, namun kedua-dua percubaan berjaya digagalkan Farhan.

Kedah akhirnya menjaringk­an gol pertama hasil sepakan penalti Liridon Krasniqi setelah bola terkena tangan pertahanan, Mohammad Qayyum pada minit-85.

Pada minit-minit akhir permainan Abou Bakr membuat larian solo melepasi dua pertahanan untuk gol ketiga Kelantan pada minit ke-90 sekali gus meranapkan impian Kedah mengutip tiga mata.

 ?? [FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] ?? Abou Bakr cuba dihalang pemain pertahanan Kedah, Zachary Michael Anderson (tengah) pada aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi.
[FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] Abou Bakr cuba dihalang pemain pertahanan Kedah, Zachary Michael Anderson (tengah) pada aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia