Berita Harian

FMLLP sedia timbang permohonan FAM

Keputusan sama ada tiga aksi Liga M ditangguh atau tidak untuk bantu skuad B-22 diumum hari ini

- Oleh Syafiq Aznan

Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) sedia mempertimb­angkan permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menangguhk­an tiga perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam menegaskan FMLLP sentiasa memandang serius permintaan FAM yang membabitka­n agenda nasional, namun pelbagai aspek perlu diteliti terlebih dahulu sebelum meluluskan­nya.

“Kami sedang berusaha mencari jalan terbaik bagi membantu skuad bawah 22 tahun (B-22) negara dan semua pasukan terbabit secara langsung dengan penangguha­n perlawanan itu.

“Namun, keputusan mengenainy­a akan diumum esok (Rabu) melalui satu siaran media. Jadi buat masa ini, saya hanya boleh mengesahka­n kami sedang berusaha untuk membantu dan bukannya ke arah bagaimana mahu menolak rayuan itu,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Kevin berkata, pelbagai perkara perlu dipertimba­ngkan sewajarnya jika penangguha­n perlawanan perlu dilaksanak­an supaya ia tidak mengganggu perjalanan liga seperti yang sudah ditetapkan sebelum ini.

Jadual padat

“Kita tahu jadual memang padat jadi kita sedang meneliti manamana ruang untuk memasukkan jadual perlawanan yang ditangguhk­an itu.

“Kami sedia membantu tetapi kami perlu tahu supaya tidak menjejaska­n perjalanan liga sedia ada,” katanya.

Isnin lalu, BH Sukan melaporkan badan induk bola sepak negara itu berharap FMLLP dapat menangguhk­an tiga perlawanan Liga M, bulan depan untuk memberi laluan kepada persiapan pasukan B22.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahka­n pihaknya sudah menghantar surat permohonan kepada badan pentadbir liga itu untuk mempertimb­angkan permintaan pengendali skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee sebagai usaha menyediaka­n pasukan yang lebih baik bagi mengharung­i Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia