Berita Harian

Iskandar sasar pecah rekod lompat bergalah

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Lumpur: Tiada perkara lain bermain di fikiran Iskandar Alwi melainkan memecahkan rekod Sukan SEA pada temasya dwitahunan itu di laman sendiri, bulan depan.

Atlet lompat bergalah negara itu mengakui memecahkan rekod yang dipegang atlet Thailand, Porranot Purahong yang melakukan lompatan pada 5.30 meter (m) di Sukan SEA Singapura 2015 menjadi keutamaann­ya.

“Fokus utama saya nanti memecahkan rekod Sukan SEA dan warna pingat menjadi perkara kedua buat saya.

Raih gangsa di Singapura

“Alhamdulil­lah, saya berada dalam prestasi yang baik apabila dapat kembali mencipta lompatan pada ketinggian

5.20m di Taiwan, tahun ini selepas berjaya lakukan catatan itu di Korea pada Mei 2015,” kata atlet berusia 23 tahun itu.

Mengulas lanjut, Iskandar yang berasal dari

Johor menegaskan atlet Thailand dan Filipina bakal menjadi pencabarny­a.

“Saya juga belum membuat keputusan sama ada menggunaka­n galah lama atau baharu. Apa yang penting pada temasya nanti, saya dapat melakukan larian dan teknik lompatan yang diajar jurulatih,” katanya yang meraih gangsa di Singapura 2015 dengan catatan 5.05m.

Iskandar juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 5.20m yang dicipta dalam Kejohanan Lompat Bergalah Antarabang­sa (Internatio­nal Pole Vault Meeting) di Busan, Korea Selatan pada 22 Mei 2015.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia