Berita Harian

CHARLIZE THERON

Azam pecah dominasi aktor lelaki

-

Charlize Theron, aktres terbaik Anugerah Academy ke-76 menerusi watak pembunuh bersiri berazam untuk memecah dominasi aktor lelaki menerusi lakonan cemerlang sebagai seorang perisik dalam filem genre itu yang bakal ditayangka­n 28 Julai ini.

Filem aksi-thriller bertajuk Atomic Blonde berlatar belakang Berlin pada 1989 itu memerlukan Theron memainkan peranan seorang pembunuh upahan di bawah agensi MI6.

Ia diinspiras­ikan dari siri novel grafik The Coldest City karya Anthony Johnston yang mengisahka­n seorang pembunuh upahan biseksual dikenali sebagai Lorraine Broughton.

Dalam filem itu, Theron dengan watak utama sebagai Broughton perlu menjayakan misi membawa pulang senarai ejen bermuka dua dari sebuah kota yang diwarnai siri revolusi dan penuh pengkhiana­tan.

Aksi fizikal

Filem bercorak perisik lazimnya dimonopoli aktor lelaki seperti francais dan

Theron yang menunjukka­n keupayaan melakonkan aksi fizikal sesuai watak dibawakan dalam filem itu berkata, ia adalah satu cabaran yang amat menarik dan berharap penonton sedar dengan bakat dimilikiny­a.

Aktres Sofia Boutella yang membawa watak perisik bernama Delphine Lasalle iaitu kekasih Theron dalam filem itu berkata, beliau agak gementar apabila melakonkan aksi ranjang bersama Theron, namun aktres berpengala­man itu banyak membantuny­a untuk bertenang.

“Beliau membuatkan saya berasa sangat selesa dan banyak tertawa. Beliau memberi tunjuk ajar dengan cara paling mudah. Theron sangat memikat hati dan seronok bekerja dengannya,” kata Boutella.

 ??  ??
 ??  ?? Charlize Theron berazam memecah dominasi aktor lelaki menerusi lakonan sebagai seorang perisik.
Charlize Theron berazam memecah dominasi aktor lelaki menerusi lakonan sebagai seorang perisik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia