Berita Harian

Aplikasi GRADUAN x Waze bantu cari pekerjaan

-

Kuala Lumpur: Buat julung kali, GRADUAN bekerjasam­a dengan Waze, aplikasi lalu lintas dan nagivasi popular melancarka­n GRADUAN x Waze bagi membolehka­n orang ramai mencari peluang pekerjaan berhampira­n lokasi mereka.

Pengarah GRADUAN, Nabil Marie, berkata kerjasama itu menawarkan platform yang berdaya maju iaitu orang ramai mencari pekerjaan hanya menggunaka­n aplikasi Waze.

Beliau berkata, hanya klik GRADUAN dalam aplikasi berkenaan, Waze akan memberi lokasi pekerjaan dalam radius lima kilometer dari lokasi mereka.

Katanya, mereka boleh menggunaka­n Waze untuk ke destinasi berkenaan.

“Orang ramai atau lepasan universiti boleh menggunaka­n aplikasi berkenaan tanpa perlu menggunaka­n kaedah lama seperti mencari dalam portal pekerjaan di internet,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi itu di sini, semalam.

Teknik mencari pekerjaan

Beliau berkata, setakat ini terdapat 100 syarikat yang sudah bekerjasam­a dengan GRADUAN untuk menawarkan pekerjaan antaranya Sime Darby dan Maybank.

“Mereka boleh mencari pekerjaan berhampira­n rumah atau di mana mana sekalipun. Setakat ini, aplikasi ini sudah berada di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor.

“Selain menawarkan pekerjaan, GRADUAN ingin membantu mereka untuk memudahkan cara atau teknik mencari pekerjaan sekali gus dapat mengurangk­an penganggur­an pekerjaan dalam negara,” katanya. x

 ??  ?? Nabil (kiri) bersama Pengurus Perniagaan Waze, Edward Ling pada majlis perlancara­n GRADUAN Waze di Kuala Lumpur, semalam.
Nabil (kiri) bersama Pengurus Perniagaan Waze, Edward Ling pada majlis perlancara­n GRADUAN Waze di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia