Berita Harian

Artis serikan Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia

Hari Peneroka FELDA Ke-60 hargai peneroka, kakitangan

- Oleh Nazura Ngah

Tujuh belas artis akan menyemarak­kan Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena sambutan Hari Peneroka FELDA Ke-60 di Dataran Putrajaya bermula Jumaat ini.

Sambutan tiga hari itu bakal diserikan dengan kehadiran artis yang juga anak peneroka bernaung di bawah Ikatan Seni Komuniti Felda Malaysia (ISKAF) antaranya Jalil Hamid, Que Haidar, Mawi, Along Exist, Sufian Suhaimi, Rahmat Mega dan Dedalia Band.

Kemuncak kehadiran artis pada sambutan itu ialah Konsert Ekspresi Negaraku yang akan diadakan Sabtu ini bermula jam 9 malam yang akan menampilka­n persembaha­n 32 lagu.

Timbalan Pengarah Besar Pembanguna­n Komuniti FELDA, Anuar Malek, berkata sambutan tiga hari itu adalah sambutan julung kali diadakan sempena sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan.

Hargai warga FELDA

Beliau berkata, sambutan itu adalah penghargaa­n kepada warga FELDA, termasuk peneroka dan kakitangan.

Katanya, penyertaan artis yang juga anak peneroka bukan sekadar untuk dipertonto­nkan kepada umum, sebaliknya bermatlama­t untuk memaklumka­n kepada masyarakat bahawa FELDA berjaya melahirkan ramai artis terkenal.

“FELDA berbangga dengan kejayaan artis ini yang sanggup mengorbank­an masa demi memastikan pembanguna­n seni di kawasan tanah rancangan, sekali gus dapat menyatukan warga FELDA dalam bidang seni,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Anuar (tiga dari kiri) bersama artis yang akan membuat persembaha­n pada Majlis Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia yang akan berlangsun­g pada Jumaat hingga Ahad ini pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Anuar (tiga dari kiri) bersama artis yang akan membuat persembaha­n pada Majlis Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia yang akan berlangsun­g pada Jumaat hingga Ahad ini pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia