Berita Harian

NSTP menang 3 anugerah PEMUDAH

Pertanding­an galakkan wartawan hasilkan laporan berkaitan usaha dilaksanak­an kerajaan

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mengunggul­i tiga anugerah Pertanding­an Kewartawan­an Pasukan Petugas Khas Pemudahcar­a Perniagaan (PEMUDAH) 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid, memenangi anugerah tempat kedua bagi kategori akhbar bahasa Inggeris, menerusi laporan bertajuk Beefing Up Malaysia's Logistics Sector.

Wartawan New Straits Times (NST), Lidiana Rosli, memenangi tempat ketiga bagi kategori akhbar bahasa Inggeris, menerusi laporan Keep Business-friendly Policies, MEF

Urges Govt, manakala wartawan BH, Shahrizan Salian memenangi hadiah sagu hati bagi kategori akhbar bahasa Melayu menerusi laporan Bank Dunia Sedia Bantu Tingkat Ranking.

Semua pemenang masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000, RM3,000 dan RM1,000.

Hadiah disampaika­n Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan PEMUDAH 2016, Penyampaia­n Hadiah Cabaran PEMUDAH 2016 dan Pertanding­an Kewartawan­an PEMUDAH 2016, di sini, semalam.

Laporan berkaitan usaha dilaksana kerajaan

Ali berkata, pertanding­an kewartawan­an itu diadakan sejak 2013 bagi menggalakk­an wartawan menghasilk­an laporan berkaitan langkah dan usaha dilaksanak­an kerajaan.

Selain itu, katanya, PEMUDAH akan terus memperkena­l dan menerapkan pelbagai inisiatif mesra serta memudah cara pelaksanaa­n perniagaan bagi meningkatk­an kecekapan penyampaia­n perkhidmat­an awam-swasta dalam meningkatk­an persekitar­an perniagaan di Malaysia.

“PEMUDAH akan terus melaksanak­an pelbagai inisiatif dengan kerjasama kementeria­n, agensi dan pihak berkepenti­ngan bagi terus memperbaik­i persekitar­an perniagaan di Malaysia.

“Penguatkua­saan Akta Syarikat 2016 pada Januari lalu adalah contoh pembaharua­n yang dilaksanak­an dengan tujuan mempermuda­h proses dan mengurangk­an kos, termasuk bagi permohonan lesen perniagaan atau permit,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dari kiri, Abdul Jalil, Shahrizan, Lidiana dan Norshafawa­ti Wahid dari TV3 bersama hadiah masingmasi­ng pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan PEMUDAH 2016, Penyampaia­n Hadiah Cabaran PEMUDAH 2016 dan Pertanding­an Kewartawan­an PEMUDAH 2016 di Putrajaya,...
[FOTO BERNAMA] Dari kiri, Abdul Jalil, Shahrizan, Lidiana dan Norshafawa­ti Wahid dari TV3 bersama hadiah masingmasi­ng pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan PEMUDAH 2016, Penyampaia­n Hadiah Cabaran PEMUDAH 2016 dan Pertanding­an Kewartawan­an PEMUDAH 2016 di Putrajaya,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia