Berita Harian

Program Sekolah Amanah cungkil potensi pelajar

-

Iskandar Puteri: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medini yang dipilih bagi Program Sekolah Amanah Yayasan AMIR sejak 2014, memperliha­tkan peningkata­n dan perubahan daripada segi pencapaian akademik mahupun personalit­i pelajarnya.

Pelajar Tingkatan Empat Sains, Hajar Khairina Md Fuad, berkata dia amat bertuah bersekolah di SMK Medini sejak dua tahun lalu kerana potensi dan kebolehann­ya berjaya diekstrak serta ditonjolka­n oleh gurunya menerusi pelbagai kaedah pembelajar­an abad ke-21.

“Guru memberikan banyak motivasi dan dorongan sehingga membolehka­n saya yang sebelum ini pemalu dan tidak yakin pada diri sendiri mampu membuat pembentang­an di hadapan guru dan pelajar lain bagi setiap tugasan.

Teknik pengajaran seronok

“Dengan ini, saya berasa tidak pernah dipinggirk­an kerana dorongan serta teknik pengajaran guru membuatkan saya seronok dan lebih yakin,” katanya yang menjadi Setiausaha Agung Students Voice Group (SVG), iaitu unit kepemimpin­an tertinggi di sekolahnya.

Pelajar Tingkatan Empat Ekonomi 1, Muhammad Darwish Zaqwan Muham’mad Rezuwan, berkata pelajar dilatih menyuaraka­n pendapat dan menerima pendapat pelajar lain dalam sesuatu tugasan atau projek.

Dia yang juga Biro Penerangan SVG, berkata guru di SMK Medini juga mudah didekati dan pelajar sentiasa dialu-alukan untuk berjumpa guru walaupun selepas tamat sesi persekolah­an bagi hal berkaitan sekolah.

“Di sekolah ini, kemenjadia­n pelajar yang menjadi keutamaan sekolah. Contohnya bakat sosial yang diajar dalam melakukan pembentang­an tugasan, ia secara berperingk­at meningkatk­an keyakinan pelajar dan lama kelamaan pelajar itu boleh melakukann­ya sendiri,” kata anak sulung daripada dua beradik yang bercita-cita sebagai pegawai tadbir diplomatik.

Sementara itu, pelajar Tingkatan Empat Sains, M Sharwinraj, berkata apa yang diterapkan di SMK Medini berjaya mengubah perwatakan­nya daripada seorang pendiam kepada seorang yang aktif termasuk mengendali­kan majlis di sekolah.

Guru beri kepercayaa­n

“Di SMK Medini, guru meletakkan kepercayaa­n kepada saya sehingga dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan kemudian memegang jawatan pengawas. Saya kemudian dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas dan tahun lalu, saya dipilih sebagai Bendahari Kehormat SVG,” katanya yang memperoleh keputusan 9 A dalam Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3).

Selain itu, pelajar Tingkatan Lima Sains, Adris Ichiro Mohd Faris, berkata dia yang mula bersekolah di SMK Medini sejak Tingkatan 3, turut diberikan peluang mengendali­kan laman web sekolah kerana minatnya yang begitu mendalam dalam bidang Teknologi Maklumat (IT).

Pada 2015, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menubuhkan Yayasan Hasanah yang kini menerajui usaha tanggungja­wab korporat (CR), termasuk usaha menjayakan lagi Program Sekolah Amanah melalui Yayasan Amir.

 ??  ??
 ??  ?? Dari kiri, Hajar Khairina, Adris Ichiro Mohd Faris, Muhammad Darwish Zaqwa dan Sharwinraj ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Medini Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Dari kiri, Hajar Khairina, Adris Ichiro Mohd Faris, Muhammad Darwish Zaqwa dan Sharwinraj ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Medini Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia