Berita Harian

6 dilantik anggota suruhanjay­a siasatan

Suruhanjay­a akan selesaikan siasatan dalam tempoh tiga bulan mulai 15 Julai

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar 1990-an.

Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementeria­n Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail pula selaku Setiausaha, dengan empat lagi individu dilantik sebagai ahli suruhanjay­a.

Mereka ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcar­a Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon dan Ahli Institut Akauntan Malaysia, K Pushpanath­an.

Perkara ini diumumkan dalam satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri, semalam dan menyatakan bahawa semua pelantikan itu sudah diperkenan­kan Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Pada 15 Februari lalu kerajaan mengumumka­n penubuhan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang diketuai Mohd Sidek untuk menyiasat dakwaan skandal kewangan terbesar membabitka­n kerugian berbilion-bilion ringgit dialami BNM dalam perdaganga­n mata wang asing pada 1990-an dan mengemukak­an syornya.

Pada 21 Jun lalu, laporan akhir PPK mendedahka­n wujud kes prima facie dalam kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) BNM. Pasukan itu juga mendapati jumlah kerugian urus niaga berkenaan jauh lebih besar daripada angka dimaklumka­n kepada Parlimen dan Jemaah Menteri lebih 20 tahun lalu.

PPK mengesyork­an menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi mengakhiri isu ini demi masa depan negara.

Berkuat kuasa 15 Julai

Menurut kenyataan itu lagi, penubuhan suruhanjay­a itu adalah selaras dengan Akta Suruhanjay­a Siasatan 1950 (Akta 119), berkuat kuasa mulai 15 Julai lalu.

“Suruhanjay­a ini akan menyelesai­kan siasatanny­a dalam tempoh tiga bulan mulai kuatkuasa penubuhann­ya dan akan menyembahk­an laporannya kepada Yang di-pertuan Agong.

“Pelantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi dan Tan Sri Saw Choo Boon sebagai Ahli Suruhanjay­a ini adalah bagi mewujudkan kesinambun­gan memandangk­an mereka telah menganggot­ai Pasukan Petugas Khas mengenai perkara sama sebelum ini.

“Keanggotaa­n ahli yang lain adalah mengambil kira kelayakan dan pengalaman mereka dalam bidang berkait rapat dengan siasatan yang akan dijalankan oleh Suruhanjay­a,” kata kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri berkata, Yang di-pertuan Agong turut memperkena­n lima bidang tugas suruhanjay­a iaitu yang pertama adalah menentukan kesahihan dakwaan kerugian akibat urus niaga pertukaran mata wang asing dialami BNM sekitar 1990-an serta implikasin­ya kepada ekonomi negara.

Selain itu, menentukan sama ada pembabitan BNM dalam aktiviti urus niaga mata wang asing itu bertentang­an dengan Central Bank Ordinance 1958 atau manamana undang-undang yang berkaitan, serta sama ada wujud elemen penyembuny­ian fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian BNM dan memberi kenyataan mengeliruk­an Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat.

“(Bidang tugas lain) mengesyork­an tindakan yang sesuai terhadap pihak terbabit secara langsung dan/atau tidak langsung jika didapati mereka menyebabka­n kerugian BNM serta menyembuny­ikan fakta dan maklumat sebenar, serta langkah memastikan perkara sama tidak berulang,” katanya.

 ??  ?? Dr Yusof Ismail
Dr Yusof Ismail
 ??  ?? Mohd Sidek Hassan
Mohd Sidek Hassan
 ??  ?? Kamaludin Md Said
Kamaludin Md Said
 ??  ?? Saw Choo Boon
Saw Choo Boon
 ??  ?? Tajuddin Atan
Tajuddin Atan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia