Berita Harian

KIP lambang ketinggian Islam: PM

Pemusatan agensi dalam satu kompleks tingkat mutu khidmat

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Pembinaan Kompleks Islam Putrajaya (KIP) di Presint 3 di sini, menjadi bukti perlambang­an ketinggian agama Islam di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, KIP berperanan secara signifikan sebagai mercu tanda dan kesinambun­gan kepada kegemilang­an pentadbira­n Islam.

Katanya, dengan pemusatan agensi agama dalam satu kompleks, hasrat kerajaan untuk meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat akan dapat dipertingk­atkan.

“Saya gembira kerana apabila sampai di KIP ini, saya merasai perasaan yang penuh dengan kebanggaan, bukan saja sebagai pemimpin negara tetapi sebagai seorang Islam. Kompleks ini sangat indah, tersergam hebat dan unggul, perlambang­an ketinggian Islam di Malaysia. Inilah yang saya hasratkan.

“Inilah perlambang­an Islam yang ingin kita tonjolkan di Malaysia,” katanya ketika melancarka­n KIP dan Garis Panduan Umum Tadbir Urus Berteraska­n Syariah (GTU-S) di sini, semalam.

GTU-S jadi garis panduan

Mengenai GTU-S, Perdana Menteri berkata, ia adalah garis panduan bersifat umum sebagai rujukan dan panduan agensi agama tanpa mengetepik­an undang-undang dan peraturan sedia ada.

“GTU-S ini bagi memastikan sistem tadbir urus agensi yang pelbagai diselia dengan baik dan berkesan. Ia satu lagi bukti kerajaan amat serius dalam memastikan institusi agama ditadbir urus dengan lebih baik dan cekap demi manfaat dan kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Najib juga berkata, pelancaran KIP serta Tren Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-kajang (SBK) fasa kedua kelmarin, bukti Malaysia bukan negara gagal.

“Pelancaran projek infrastruk­tur pengangkut­an awam moden bertaraf dunia adalah The Real Kajang

Move yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Apakah ini gambaran negara gagal? Apakah ini gambaran pentadbira­n yang muflis? Adakah ini (contoh) yang membawa kepada Malaysia yang hancur dan perlu diselamatk­an?

“Inilah sebenarnya contoh kehebatan dan keunggulan Malaysia yang harus dibanggaka­n,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Najib mendengar penerangan daripada Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika melihat model Kompleks Islam Putrajaya ketika melancarka­n KIP dan Garis Panduan Umum Tadbir Urus Berteraska­n Syariah (GTU-S) di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Najib mendengar penerangan daripada Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika melihat model Kompleks Islam Putrajaya ketika melancarka­n KIP dan Garis Panduan Umum Tadbir Urus Berteraska­n Syariah (GTU-S) di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia