Berita Harian

Teruja sertai konvoi motosikal

Percutian singkat di Krabi buka ruang eratkan hubungan sesama rakan sekerja

- Liza Khairudin

khairu.norliza@ koolfm.com.my

TAssalamua­laikum... erima kasih kerana singgah lagi di ruangan Liza pada minggu ini. Bagaimana cuaca di tempat anda? Kalau cuaca di luar sana cerah, mungkin anda sekeluarga boleh mengambil peluang berharga itu untuk beriadah di luar.

Liza baru pulang dari Krabi, Thailand. Sejak Liza menyertai Rangkaian Radio Media Prima (RRMP), ini kali kedua Liza dan rakan sekerja diberi peluang untuk bercuti bersama. Kalau sebelum ini, Liza berkesempa­tan ke Perth, Australia, kali ini Liza menjejakka­n kaki ke Krabi, bersama kumpulan kedua.

Percutian kali ini memberi sedikit cabaran kepada Liza yang berdepan masalah kesihatan. Liza keluar rumah seawal jam 3.30 pagi untuk ke lapangan terbang. Sebelum itu, Liza sempat singgah ke klinik 24 jam untuk mengambil bekalan ubat.

Bercuti dalam keadaan tidak sihat, aktiviti Liza juga sedikit terbatas. Tiada apa yang Liza mampu kecuali berdoa, supaya segera pulih. Pesawat berlepas pada jam 7 pagi dan

Liza hanya sempat melelapkan mata selama sejam kerana bimbang terlepas penerbanga­n.

Sebaik memasuki perut pesawat, Liza sudah selamat dibuat mimpi indah. Nyenyak Liza tidur kerana keletihan. Dalam hati, Liza berdoa semoga penerbanga­n berjalan lancar kerana pesawat kumpulan pertama berdepan gangguan udara. Alhamdulil­lah, semuanya berjalan lancar.

Kembali segar

Perjalanan ke Krabi tidak mengambil masa yang lama, sekitar satu jam setengah. Sebaik mendarat, tubuh Liza kembali segar. Melihat senyuman Ketua Pegawai Eksekutif RRMP, Seelan Paul menyambut kedatangan kami di lapangan terbang bersama kalungan bunga, ucapan ‘sawadikap’ iaitu sapaan wajib ketika di bumi Thailand mengalu-alukan ketibaan kami di sana.

Terasa santai dengan sambutan diberikan kerana beliau memang dikenali sebagai ketua yang sporting biarpun tegas ketika bekerja. Sebelum menaiki bas yang menanti,

Liza mengambil keputusan untuk mendapatka­n perkhidmat­an internet di lapangan terbang itu untuk memudahkan komunikasi dengan suami dan keluarga selama empat hari tiga malam kami di sana.

Selepas itu, bas bergerak membawa kami ke beberapa tempat tarikan pelancong. Kami berhenti untuk makan tengah hari di Ao Nang Fiore Restaurant sebelum bergerak ke hotel penginapan.

Sesat di perjalanan

Pada malam pula, majlis makan malam gala bertemakan ‘Hawaiian Night’. Pada malam itu, kami bersaing sesama sendiri untuk mempamerka­n persembaha­n terbaik. Sejurus habis malam gala persembaha­n, Liza memilih untuk terus pulang ke kamar dan berehat.

Keesokan pagi, Liza bersama 15 rakan yang lain memilih untuk menyewa motosikal dan berkonvoi menuju ke Emerald Pool yang terletak kira-kira 70 kilometer dari hotel penginapan. Liza sangat teruja kerana ini pengalaman pertama dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Kami sempat singgah di bahu jalan untuk menikmati durian memandangk­an ada di antara ahli kumpulan yang masih tertinggal jauh kerana sesat. Kecoh dengan gelak tawa apabila semua kembali berkumpul.

Ada saja adegan yang menjadi sendaan dan bahan ketawa. Pengalaman ini akan kekal dalam memori Liza sampai bila-bila. Pada malam hari ketiga pula, Liza juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati keenakan ‘Banana Nutella Crepe’ yang menjadi sebutan mereka yang pernah sampai ke Krabi. Bagi penggemar pulut mangga pula, jangan lepaskan peluang untuk makan di sini. Ada juga yang menikmatin­ya bersama aiskrim.

Rasanya enak dan menyelerak­an, tetapi hati-hati serta pastikan lokasi yang dipilih bersih bagi mengelakka­n terkena keracunan makanan.

Kulit muka terbakar

Terima kasih untuk peluang yang diberikan oleh pihak pengurusan RRMP. Terlalu banyak memori indah bersama rakan-rakan yang Liza dapat daripada percutian kali ini. Semoga apa yang dilalui bersama-sama di Krabi menjadi panduan yang mengeratka­n lagi hubungan sebagai rakan kerja.

Untuk anda yang mungkin sedang merancang ke Krabi, jangan lupa bawa krim pelindung matahari. Disebabkan

Liza tidak bercadang untuk mengikuti konvoi motosikal, kulit Liza terutama muka dan tangan habis terbakar.

Selain krim pelindung matahari, aktiviti konvoi motosikal itu juga memerlukan kecekalan hati. Jika tidak bersabar dan sepakat, mungkin ada yang akan berpatah balik kerana perjalanan­nya yang mencabar.

Jumpa lagi pada minggu seterusnya dalam ruangan ini. Ikuti Instagram@liza_koolfm untuk perkembang­an terkini aktiviti Liza dan terus dengarkan Kool FM Temanmu Muzikmu!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia