Berita Harian

Kongsi detik bermakna

Insan tersayang jadi saksi getir dilalui untuk daki puncak kejayaan

- Hidayah Mohammad dan Mohd Aizat Shamsuddin

Sbhhip@bh.com.my

elain peminat yang menjadi tonggak kekuatan, sokongan dan dorongan insan tersayang turut menyumbang kepada faktor kejayaan seseorang anak seni. Terlalu banyak pengorbana­n yang menuntut kesabaran, semua itu dilalui dengan tabah untuk memastikan setiap usaha membuahkan hasil.

Detik bermakna pada kemuncak Anugerah

Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Ahad lalu, turut diraikan beberapa selebriti yang melangkah bergaya sebagai finalis bersama keluarga tercinta.

Paling mencuri perhatian kemunculan finalis Pelakon TV Lelaki Popular, Ashraf Muslim. Buat julung kali, pelakon kacak berusia 36 tahun itu ditemani dua isterinya, Noor Dayana Lokman, 30, dan Wan Sakinah Wan Saburi, 33, pada acara gemilang itu.

Abdikan detik sejarah

Meskipun bimbang tindakanny­a itu dikritik masyarakat, Ashraf ingin mengabadik­an detik bersejarah dalam kerjaya lakonannya itu bersama dua insan penting yang menjadi tulang belakang kekuatanny­a selama ini.

“Kali terakhir saya membolosi Top 5 kategori sama pada lapan tahun lalu. Apabila kembali dicalonkan, sudah pasti saya ingin meraikanny­a bersama insan tersayang. Pada mulanya, saya agak gusar dan bimbang jika tindakan saya dikritik ramai.

“Saya tidak pernah membawa dua isteri menghadiri acara gemilang seperti ABPBH 3.0 ini. Bagaimanap­un, kata positif daripada teman rapat membulatka­n tekad saya untuk membawa mereka bersama.

“Diyana dan Sakinah adalah sumber kekuatan serta penyokong utama saya. Mereka banyak membantu, malah sentiasa meniupkan kata semangat untuk saya terus berjuang dalam industri. Menghargai pengorbana­n mereka selama ini, tidak salah untuk saya berkongsi detik manis di ABPBH

3.0 bersama,” katanya.

Ashraf yang membolosi kategori itu menerusi lakonannya dalam drama

berkata, biarpun tewas, tetapi ia bukan penamat kepada segala usahanya.

 ??  ?? Foto Halimaton Saadiah Sulaiman Ashraf hadir ditemani dua isteri, Dayana dan Wan Sakinah.
Foto Halimaton Saadiah Sulaiman Ashraf hadir ditemani dua isteri, Dayana dan Wan Sakinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia