Berita Harian

Penamaan calon PRK DUN Pujut 20 Jun, mengundi 4 Julai

Calon BN diumumkan selepas 1 Jun: Abang Johari

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Mohd Roji Kawi bhnews@bh.com.my

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N74 Pujut, di Miri, Sarawak pada 4 Julai depan dan penamaan calon pada 20 Jun ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata tempoh 14 hari untuk berkempen adalah mencukupi bagi parti yang akan meletakkan calon pada PRK berkenaan.

“SPR juga bersetuju mencadangk­an Pemangku Setiausaha Majlis Bandaraya Miri, Morshidi Fredrick, sebagai Pegawai Pengurus PRK DUN Pujut dan SPR juga bersetuju menubuhkan dua pasukan penguat kuasa kempen bagi memantau semua kegiatan sepanjang tempoh berkempen.

“Dewan Masyarakat Suarah, Miri dipilih sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlaha­n rasmi undi selain lima sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi, merangkumi semua 44 saluran tempat mengundi.

“Daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK ini ialah Daftar Pemilih Induk 2016 yang dikemaskin­i sehingga 11 Mei lalu, mengandung­i 27,078 orang pemilih berdaftar,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

PRK DUN Pujut diadakan berikutan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon, dipecat selepas usul untuk melucutkan keanggotaa­nnya dibentangk­an oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh, pada sidang DUN, Jumaat lalu.

Usul itu dibentangk­an kerana kesetiaan Dr Ting kepada negeri dan negara dipertikai­kan berikutan beliau memiliki kewarganeg­araan Australia serta mendaftar sebagai pengundi di negara itu. Pemecatan itu dibuat kerana didapati dengan jelas beliau melanggar peruntukan yang dinyatakan dalam Perkara 17 (1) (g) Perlembaga­an Negeri Sarawak.

BN Sarawak sudah siap sedia hadapi PRK Kuching,

Di Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Openg, berkata calon Barisan Nasional (BN) yang akan memikul tanggungja­wab bagi merampas kerusi DUN Pujut dari DAP, hanya akan diketahui selepas perayaan Gawai Dayak, awal bulan depan.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, walaupun pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi PRK itu, perbincang­an mengenai calon masih belum dapat dijalankan kerana ketika ini Persidanga­n DUN Sarawak sedang berlangsun­g.

Sehubungan itu katanya, semua keputusan mengenai PRK itu hanya akan diketahui selepas pihaknya mengadakan mesyuarat khas selepas perayaan Gawai Dayak, 1 Jun ini.

“Kami sudah bersedia sepenuhnya, sebaik sahaja SPR mengumumka­n tarikh penamaan calon dan pengundian bagi PRK DUN Pujut hari ini (semalam).

“Apabila menyatakan hasrat untuk meletakkan calon, sudah tentu kami (BN) mahu menang dan merampas kerusi itu daripada DAP,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks DUN Sarawak, di sini, semalam.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Mohd Hashim bersama Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN N.74 Pujut, Morshidi Fredrick (dua dari kanan) menunjukka­n peta kawasan Pilihanray­a Kecil DUN N.74 Pujut, Sarawak selepas sidang media di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Mohd Hashim bersama Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN N.74 Pujut, Morshidi Fredrick (dua dari kanan) menunjukka­n peta kawasan Pilihanray­a Kecil DUN N.74 Pujut, Sarawak selepas sidang media di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia