Berita Harian

TAK PERLU BASUH KURMA

Kementeria­n Kesihatan nafi kurma diimport dari Asia Barat dicemari virus Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-COV)

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Kementeria­n Kesihatan menafikan laporan yang tersebar di media sosial kononnya buah kurma yang diimport dari Asia Barat perlu dibasuh sebelum dimakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata maklumat yang disebarkan itu adalah tidak benar.

“Tidak betul... Kementeria­n Kesihatan akan mengeluark­an kenyataan akhbar mengenainy­a,” katanya yang berada di luar negara, menerusi aplikasi Whatsapp kepada BH, semalam.

Berdasarka­n berita yang tersebar di media sosial, pengguna perlu membasuh buah kurma sebelum dimakan kerana di Arab Saudi pada ketika ini kelawar tinggal di pokok kurma dan ia mungkin boleh membawa virus jenis korona atau Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-COV).

Cuci ‘sekali lalu’

Minggu ini, seorang wanita dikenali sebagai Habibah Badar Bajrai berkongsi rahsia supaya umat Islam di negara ini mencuci buah kurma ‘sekali lalu’ sebelum dimakan.

Perkongsia­n itu supaya kurma lebih bersih, cantik dan selamat dimakan kerana kurma dipetik tidak bersih dan ‘dicampak tanpa belas kasihan serta tanpa perasaan ke atas tanah’.

Viral perjelas cara cuci kurma

Antara lain, viral berkenaan menjelaska­n cara mencuci kurma adalah dijirus air dan kemudian ditoskan. Tak perlu letakkan sabun dan syampu. Selepas itu keringkan dalam suhu bilik sampai kurma berkenaan kering. Jangan lupa tutupkan kerana bimbang akan dimasuki binatang tertentu.

Sementara itu, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pihaknya sedia bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan bagi memastikan buah kurma yang diimport adalah selamat dimakan.

Bagaimanap­un, katanya, pengeluara­n permit import buah kurma bukan di bawah bidang kuasa kementeria­nnya, selain kurma juga adalah sejenis makanan yang tidak dikawal harganya dan tidak termaktub mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Jika ada aduan buah kurma yang mungkin ada (boleh membawa) penyakit akibat serangan kelawar atau sebagainya, kita akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan untuk memastikan buah kurma yang dibawa masuk selamat digunakan oleh rakyat kita,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT ?? /bh] Peniaga, Satinar Sanusi menambah kurma di kedainya bagi persiapan menyambut Ramadan tidak lama lagi di Kompleks PKNS Shah Alam.
[FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT /bh] Peniaga, Satinar Sanusi menambah kurma di kedainya bagi persiapan menyambut Ramadan tidak lama lagi di Kompleks PKNS Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia