Berita Harian

Wujudkan rangkaian antara peminat

-

Selain sebagai peminat setia, Nur Hidayah turut membeli beberapa barangan yang harus dimiliki oleh peminat sepertinya yang terdiri daripada buku nota, keychain, poster dan beberapa barangan lain.

“Saya pernah beli tiket konsert berharga sehingga RM500, sebab nak duduk paling hampir dengan pentas. Dari situ, saya boleh lihat wajah-wajah mereka ketika buat persembaha­n dengan lebih dekat, jelas dan puas.

“Kebiasaany­a apabila tiba hari konsert bukan hanya rakyat Malaysia sahaja tetapi turut dihadiri oleh peminat dari Indonesia, Thailand dan Singapura.

“Sebagai peminat

Korea atau Idol Kpop kami mempunyai satu pertalian dengan rakanrakan di media sosial dan khususnya membuat satu laman Facebook dengan nama Korea Fan dan kami akan memberitah­u segala maklumat dan pergerakan artis berkenaan,” katanya.

Jual hasil rekaan

Nur Hidayah berkata dengan minat yang mendalam dalam Kpop ini membuka satu peluang baru terhadap dirinya apabila beliau membuka perniagaan?menjual cenderahat­i yang mempunyai latar belakang artis Korea.

“Menerusi kenalan laman sosial dari Filipina, dia mencadangk­an untuk membuka satu perniagaan di Facebook.

“Rakan ini memberitah­u rekaan yang saya hasilkan ditiru oleh peminat di Filipina dan turut dijual di sana.

“Dia kemudian mencadangk­an untuk menjual hasil rekaan saya di mana-mana konsert membabitka­n artis Korea.

“Jadi ini mudah untuk saya menghasilk­an rekaan kerana saya mengetahui apa yang dimahukan oleh peminat artis korea dan apa koleksi yang mahu dikumpul oleh mereka,” katanya yang dikenali sebagai Dayah Ucop dalam peminat cenderahat­i Korea.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia