Berita Harian

Kegemilang­an 100 tahun industri sawit dan wawasan hadapan

-

Ketika saya mula menulis petikan ini, warta berita sudah bermula mengenai kemenangan Emmanuel Macron dalam Pilihan Raya Presiden Perancis. Adalah menjadi harapan saya bahawa Presiden yang berideolog­i sederhana ini akan memandang minyak sawit secara lebih rasional dan memudahkan kedua-dua negara untuk bekerja ke arah formula menang-menang yang boleh dilanjutka­n kepada seluruh Kesatuan Eropah (EU).

Sesetengah Ahli Parlimen Perancis agak merunsingk­an industri minyak sawit, dengan pelbagai usaha mereka untuk memperkena­lkan cukai bersifat diskrimina­si dan tidak adil yang menyekat kemasukan minyak sawit ke Perancis dan melemahkan daya saing komoditi itu di tempat lain di Eropah.

Kaitan Perancis

Ironinya, orang Perancis yang memulakan penanaman komersial kelapa sawit di Tanah Melayu ketika itu. Henri Fauconnier yang mengimport beberapa beg benih dari Sumatera, adalah individu pertama menanam kelapa sawit di plot percubaan di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada 1914 sebelum menubuhkan ladang komersial yang pertama di kawasan berjiran Tennamaram Estate, Batang Berjuntai (kini Bestari Jaya) pada 1917, tepat 100 tahun lalu.

Penanaman pertama itu menandakan peristiwa bersejarah bagi minyak sawit di Malaysia dan pada hari esok, kita akan meraikan dan memperinga­ti tahun ke-100 penanaman komersial kelapa sawit komersial, di tapak permulaann­ya di Estet Tennamaram.

Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 awal, orang Eropah mempelopor­i penanaman getah dan diikuti pembanguna­n ladang kelapa sawit.

Henri Fauconnnie­r dan sekutunya seorang rakyat Belgium, Adrian Hallet, yang mengasaska­n Socfin S.A., adalah antara perintis bagi penanaman kelapa sawit.

Yang lain termasuk orang Scotland dan Inggeris seperti Alexander Guthrie (Kumpulan Guthrie), Daniel dan Smith Harrison serta Joseph Crosfield (Harrisons & Crosfield), William Middleton Sime, Henry d'esterre Darby dan Herbert Milford Darby (Sime, Darby & Co.) dan Aage Westenholz, seorang rakyat Denmark yang memulakan United Plantation­s di daerah asal saya di Teluk Intan, yang dahulu lebih dikenali sebagai Teluk Anson.

Ini diikuti dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) pada 1956 untuk menerajui program pembanguna­n dan penempatan semula untuk membasmi kemiskinan melalui pertanian getah dan kelapa sawit.

Selepas itu bermulanya era 'tauke' - Robert Kuok (PPB Oil Palms, kemudian Wilmar), Tan Sri Lee Loy Seng (KL Kepong) dan Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group).

Kuasa ekonomi dan inovasi

Dalam tempoh 100 tahun ini, kita sudah menyaksika­n pertumbuha­n dan inovasi yang luar biasa.

Daripada permulaan yang kecil, industri minyak sawit hari ini adalah tonggak utama sektor komoditi, yang menyumbang sejumlah RM67.6 bilion dalam nilai eksport pada 2016, bersamaan dengan 6.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Dengan lebih daripada dua juta rakyat Malaysia yang terbabit dalam rantaian nilai minyak sawit termasuk 644,522 pekebun kecil, tidak dapat dinafikan bahawa kesannya ke atas kesejahter­aan rakyat adalah sangat besar.

Pada peringkat global pula, Malaysia menghasilk­an 8.5 peratus daripada hasil minyak dan lemak serta menguasai 19.1 peratus daripada pasaran eksport, namun hanya menggunaka­n 0.11 peratus daripada tanah pertanian global.

Perkembang­an inovatif minyak sawit tidak kurang menakjubka­n. Ianya bukan sahaja digunakan sebagai minyak dan lemak yang boleh dimakan, malah turut meresap ke dalam setiap aspek kehidupan harian kita.

Minyak sawit boleh dianggap 'Intel Inside' bagi produk makanan, barangan pengguna dan isi rumah, serta bahan api dan pelincir.

Dari saat anda membuka mata sampailah waktu tidur, anda mungkin menggunaka­n ramuan sawit atau produk derivatif tanpa mengetahui­nya.

Produk penjagaan kulit dan ubat gigi yang kita gunakan pada waktu pagi mengandung­i gliserin dan pengemulsi berasaskan sawit. Makanan pula disediakan dengan minyak masak yang diperbuat dari olein sawit.

Bagi merapikan pemakanan, kita kadangkala mengambil tocotrieno­l, agen anti-oksidan yang amat berkesan.

Sepanjang hari, pelbagai bahan pencuci dan produk pembersiha­n yang digunakan mengandung­i surfaktan. Diesel yang kita masukkan ke dalam kereta mengandung­i 7 peratus biodiesel sawit. Apabila malam menjelang, produk penjagaan rambut dan badan yang kita gunakan mengandung­i asid lemak dan emolien.

Penggunaan produk minyak sawit begitu mendalam kerana ia adalah ramuan berkesan yang dihasilkan dengan cekap dan inovatif melalui penyelidik­an dan pembanguna­n yang bertahun-tahun.

Sebagai contoh, tidak ramai menyedari bahawa ladang kelapa sawit pernah menggunaka­n khidmat 'wanita penghembus, yang tugasnya adalah untuk mendebunga­kan bunga jantan, yang dicampur dengan talkum, kepada bunga betina apabila ia sudah terbuka.

Idea bijak ini berasal daripada warga Scotland, Leslie Davidson, yang meyakini bahawa agen pendebunga­an kelapa sawit adalah serangga dan bukannya angin.

Beliau mengutarak­an agar kajian dilakukan dan seterusnya mengumpul dana bersama Mahbob Sulaiman untuk tujuan penyelidik­an. Ia dilakukan oleh seorang warga Pakistan yang terkenal, Rahman Anwar Syed. Elaeidobiu­s

Kamerunicu­s atau lebih dikenali sebagai kumbang kelapa sawit, tiba di Estet Mamor di Kluang dan Estet Pamol di Sabah pada tahun 1981 dan selebihnya tersirat sebagai sejarah.

Ibarat kumbang kelapa sawit yang menjadi pemangkin kepada peningkata­n dalam hasil dan produktivi­ti, usaha penyelidik­an serta pembanguna­n lain juga bertindak sebagai penggalak.

Konsortium Makmal Genetik Kelapa Sawit yang ditubuhkan pada 1962, sebagai contoh, menampakka­n hasil yang luar biasa dalam kawalan perosak, penggunaan baja, penambahba­ikan benih, produktivi­ti buruh, kecekapan pemprosesa­n dan kualiti minyak.

Seterusnya, penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) pada 1973 dan Institut Penyelidik­an Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pada 1979, mengembang­kan dan mempercepa­tkan penyelidik­an serta pembanguna­n yang menghasilk­an genom, biodiesel, biomass, aplikasi makanan dan bukan makanan dan piawaian mampan.

Peranan itu kini diketuai Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang ditubuhkan melalui penggabung­an PORIM dan Lembaga Pendaftara­n dan Pelesenan Minyak Sa-

wit (PORLA) pada 1998.

Perang terhadap kelapa sawit

Biarpun mengecapi kejayaan, perjalanan dalam tempoh 100 tahun ini bukan mudah. Ketika kita memasuki pasaran Amerika Syarikat sebagai minyak sayuran alternatif untuk kacang soya, kempen bersepadu yang mengaitkan minyak sawit kepada peningkata­n risiko penyakit jantung koronari (CHD), dilancarka­n pada 1987.

Diketuai Ketua Pengarah PORIM pada masa itu, Tan Sri Dr Augustine Ong, yang melakukan penyelidik­an intensif mengenai pemakanan minyak sawit dan kesannya terhadap kesihatan, ditambah kempen advokasi bersepadu yang mensasarka­n Pentadbira­n Makanan dan Ubat Amerika (FDA) serta media dan pakar pemakanan, akhirnya kita berjaya mengekang kempen minyak 'antitropik­a'.

Namun, kempen penentanga­n masih belum berakhir. Penebangan hutan berleluasa menjadi isu baharu.

Kali ini, pihak lawan terutamany­a dari Eropah dan serangan termasuk 'cukai Nutella' Perancis yang cuba untuk menaikkan cukai import minyak sawit kepada EUR 300 satu tan serta resolusi terkini oleh Parlimen Eropah yang menyaranka­n pensijilan tunggal minyak sawit yang memasuki Kesatuan Eropah (EU).

Pada asasnya ia adalah isu perdaganga­n yang berselindu­ng di sebalik langkah perlindung­an alam sekitar.

Ini biarpun Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengesahka­n hutan Malaysia meliputi kawasan seluas 55.5 peratus dan jika termasuk kawasan hijau pertanian, adalah seluas 85 peratus.

Tambahan lagi, usaha pemulihara­an yang dilaksanak­an di Sabah dan Sarawak telah menyumbang kepada penyekatan penurunan populasi orang utan dan jumlahnya kini telah mulai stabil.

Keselamata­n makanan adalah isu yang agak baharu. Pihak Berkuasa Keselamata­n Makanan Eropah (EFSA) pada pertengaha­n 2016 menyatakan kewujudan 3-MCPD dan glycidyl (GE) dalam semua minyak dan lemak, termasuk minyak sawit.

Malangnya, kempen maklumat yang salah itu menyebabka­n pasar raya di Itali menarik balik produk yang mengandung­i minyak kelapa sawit daripada rak mereka. Isu itu bukan hanya satu ancaman terbesar terhadap perkembang­an minyak kelapa sawit, malah boleh mendatangk­an kesan kepada kewujudann­ya.

Kerajaan mengambil tindakan pantas dengan membuat peruntukan khas untuk menyokong penggunaan teknologi yang boleh mengurangk­an kejadian sebegini dalam minyak sawit Malaysia.

Meneruskan era kegemilang­an

Perjalanan 100 tahun pertama ini sangat menakjubka­n.

Bagaimana minyak kelapa sawit akan dikenang 100 tahun lagi dari sekarang akan bergantung kepada visi dan keberanian kita.

Pada 2010, kerajaan mengiktira­f kepentinga­n minyak sawit dengan mengenal pasti ia sebagai satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Sejak enam tahun yang lalu, campur tangan yang tepat diambil untuk mengalih industri ke peringkat yang lebih tinggi.

Bersesuaia­n dengan kepentinga­nnya, kerajaan telah memperuntu­kkan RM1.54 bilion dan RM1.35 bilion untuk NKEA Minyak Sawit di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11 masing-masing.

Penekanan kepada produktivi­ti huluan melalui program penanaman baharu dan penanaman semula serta khidmat lanjutan yang dipergiatk­an mampu meningkatk­an amalan terbaik, mekanisasi dan kadar pengekstra­kan minyak.

Pada peringkat pertengaha­n, usaha yang serius dibuat untuk memastikan pengelakan metana dipercepat­kan melalui strategi tolak dan tarik seperti perubahan peraturan, serta pilihan menjana keuntungan seperti penjanaan elektrik untuk memanfaatk­an Tarif Galakan (Feed-in-tariff ) dan pengeluara­n gas semula jadi bio yang dimampatka­n.

Kemajuan besar berjaya dilakar bagi sektor hiliran di mana perubahan struktur ke arah bahan derivatif oleo, makanan dan produk berasaskan kesihatan terbukti melalui komitmen pelaburan swasta bernilai RM3.3 bilion.

Visi untuk masa hadapan

Beberapa tema muncul di fikiran saya bagaimana untuk terus mara ke hadapan; kemampanan (dalam produktivi­ti dan alam sekitar), peningkata­n nilai tambah dan peluang rangkaian nilai baharu.

Dalam jangka masa terdekat, adalah amat penting pengeluara­n pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) dipercepat­kan. Ancaman pensijilan tunggal seperti yang dicadangka­n Parlimen Eropah seharusnya menyedarka­n kita bahawa MSPO harus diiktiraf secara universal dan tidak hanya menjadi inisiatif kita sendiri sahaja. Bagi pekebun-pekebun kecil yang membentuk hampir 40 peratus daripada keluasan penanaman kelapa sawit, MSPO adalah jambatan utama dalam dalam memastikan kepatuhan terhadap piawaian mampan dengan kos berpatutan dan proses dioptimumk­an untuk mereka yang kekurangan sumber.

MSPO boleh membantu memperting­katkan produktivi­ti tetapi pada masa yang sama, khususnya dengan kekurangan tanah dan tenaga buruh, cara baharu meningkatk­an tahap produktivi­ti mesti diterokai dan diusahakan. Dengan kejayaan dalam urutan genom kelapa sawit, usaha yang lebih dapat difokuskan bagi memperting­katkan produktivi­ti menerusi ciri fisiologi dan fizikal. Sementara itu, kewujudan Industri 4.0 dan pendigital­an membuahkan persoalan sama ada teknologi autonomi, Internet untuk Segalanya (Internet of Things) dan Data Besar (Big Data) dapat dimanfaatk­an bagi meningkatk­an kecekapan di ladang.

Banyak lagi nilai boleh diperoleh ketika proses di kilang, proses penapisan dan proses hiliran. Sebagai contoh, kita perlu mengkaji bagaimana efluen kilang minyak sawit dan biomas seperti tandan kosong buah-buahan, mesokarpa kosong, kulit kernel dan kek kernel boleh diproses lagi bagi mendapatka­n nilai tambah selain daripada usaha untuk terus memperbaik­i kadar perahan minyak.

Isu biomas sudah lama diperkatak­an tetapi kita masih belum mengambil perhatian serius bagi minyak sawit.

Pada masa yang sama, Malaysia masih belum mengembang­kan rantaian nilai industri minyak sawit sepenuhnya.

Sebagai sebuah negara yang kecil, dunia ini perlu menjadi pasaran kita. Namun, kehadiran kita masih memerlukan boleh diperbaiki.

Meraikan dan merenung

Dalam pada kita meraikan 100 tahun luar biasa dalam penanaman komersial kelapa sawit, kita juga perlu mengambil peluang ini sama-sama merenung sejenak. Kejayaan yang diperoleh turut bersulam cabaran dan halangan. Dengan merenung kembali apa yang diharungi, kita boleh memperbaik­i beberapa rancangan sedia ada dan mungkin menetapkan semula beberapa haluan yang sudah diambil.

Berdasarka­n dialog bersama rakyat melalui landasan TN50, mungkin ini adalah masa bagi industri minyak sawit sekali lagi berdamping bahu untuk melakar hala tuju kita menuju 2050.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia