Berita Harian

Pusat sumber di dalam taman manfaat pelajar

-

Kuala Lumpur: Sekolah harmoni memerlukan suasana pembelajar­an yang kondusif dengan persekitar­an terbaik, sekali gus memastikan kesempurna­an sesi pembelajar­an di dalam bilik darjah.

Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Seri Petaling, di sini, menampilka­n kelainan tersendiri dengan mengetenga­hkan konsep pusat sumber di dalam taman.

Guru Pendidikan Seni Visual sekolah itu, Encik Mohd Redzuan Khalid, berkata pendekatan itu membolehka­n pelajar untuk menimba ilmu dalam suasana hijau dan menyeronok­kan.

Beliau berkata, usaha murni berkenaan bukan setakat untuk menggalakk­an minat pelajar lebih seronok ke sekolah, malah menjadi platform berkesan bagi membendung gejala negatif seperti masalah disiplin dan ponteng.

Pelbagai informasi

“Konsep pusat sumber ini mendedahka­n pelajar dengan persekitar­an hijau yang mana kami juga meletakkan pelbagai informasi berguna untuk rujukan mereka di ruangan dan sudut pokok yang disediakan.

“Persekitar­an sekolah yang cantik, ceria dan penuh informasi merangsang minda dan minat untuk belajar, malah menyebabka­n mereka untuk lebih bersemanga­t ke sekolah,” katanya kepada BH SKOR, baru-baru ini.

Encik Mohd Redzuan menjelaska­n sambutan daripada pelajar sangat memberangs­angkan seterusnya dapat meningkatk­an persepsi pelajar terhadap amalan nilai-nilai murni.

 ?? [FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH] ?? Pengetua SMK Bandar Baru Seri Petaling, Encik Mohamad Saadon Haron (tengah) dan Encik Mohd Redzuan (tiga kiri) bersama-sama pelajar di ruangan ASEAN.
[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH] Pengetua SMK Bandar Baru Seri Petaling, Encik Mohamad Saadon Haron (tengah) dan Encik Mohd Redzuan (tiga kiri) bersama-sama pelajar di ruangan ASEAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia