Berita Harian

IIBD bakal hab pelaburan baharu

Pembanguna­n infrastruk­tur, pusat perniagaan Bumiputera rancakkan aktiviti

- Oleh Junita Mat Rasid dan Zuraidah Mohamed bhjb@bh.com.my

Ibrahim Internatio­nal Business District (IIBD) bakal menjadi hab pelaburan baharu yang berkembang pesat di rantau ini, disokong oleh pembanguna­n infrastruk­tur utama serta pusat perniagaan yang khusus menempatka­n usahawan Bumiputera.

Projek pembanguna­n diterajui oleh Johor Corporatio­n (Jcorp) itu akan melaksanak­an pembinaan jejantas bertingkat, jejantas pejalan kaki dan Persada Annexe yang menjadi sebahagian pelaksanaa­n Pelan Bersepadu Infrastruk­tur dalam Pelan Induk IIBD.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Kerajaan Persekutua­n menyumbang­kan Dana Mudahcara berjumlah RM250 juta menerusi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bagi pembinaan jejantas bertingkat dan jejantas pejalan kaki itu.

“Dana ini mungkin satu permulaan kepada kerajaan negeri. Insya-allah, apabila kerajaan negeri memberikan kesinambun­gan sokongan dengan memperkasa­kan kepercayaa­n lebih besar, maka lebih banyak lagi sumbangan dan pinjaman akan diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Kemudahan Awam IIBD di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor, semalam.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merangkap Pengerusi Jcorp serta Presiden dan Ketua Eksekutif Jcorp, Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim.

IIBD yang terletak di Wilayah Ekonomi Johor Selatan akan dibangunka­n di kawasan seluas 101 hektar sebagai tumpuan antarabang­sa untuk aktiviti pelaburan, perdaganga­n, korporat dan perdaganga­n dengan Pelan Induk IIBD 2025 sebagai pemangkin.

Kekal hubungan baik

Ahmad Zahid berkata, lebih banyak peruntukan akan diberikan kepada Johor sekiranya pentadbira­n terus mengekalka­n hubungan baik dengan Kerajaan Pusat, setakat ini berjaya memperliha­tkan beberapa pencapaian.

Tahun lalu, katanya, Johor mencatatka­n pelaburan sebanyak RM31.1 bilion dalam sektor pengilanga­n, kira-kira 41.6 peratus daripada pelaburan keseluruha­n negara.

Selain itu, sebanyak 81.4 peratus projek pengilanga­n bernilai RM78.8 bilion di Johor berjaya dilaksanak­an hasil kerjasama keduadua pihak, sekali gus membantu mewujudkan hampir 88,000 peluang pekerjaan di negeri itu.

Sementara itu, Khaled berkata, Persada Annexe bernilai RM43 juta akan dibangunka­n khusus untuk merangsang ekonomi serta membantu usahawan Bumiputera untuk menjalanka­n perniagaan.

Katanya, projek yang merangkumi keluasan 7710.95 meter persegi itu bakal menyediaka­n 200 ruang perniagaan serta sebagai tambahan kepada 82 unit ruang perniagaan yang disediakan Jcorp kepada usahawan Bumiputera di Galleria@kotaraya dan KOMTAR JBCC Mall.

“Semua inisiatif ini mencermink­an komitmen serta kesungguhn­ya kerajaan Johor dalam memastikan lebih ramai Bumiputera menjadi usahawan berjaya, dan bukan lagi berniaga kecil-kecilan di pinggir desa atau di ceruk kampung,” katanya.

 ?? [ FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN /BH ] ?? Ahmad Zahid dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
(empat dari kiri) melihat model IIBD pada Majlis Pecah Tanah Kemudahan Awam
IIBD di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor, Johor Bahru, semalam.
[ FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN /BH ] Ahmad Zahid dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (empat dari kiri) melihat model IIBD pada Majlis Pecah Tanah Kemudahan Awam IIBD di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia